UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Munaliza Zailan
12023
Article
Kepada kedudukan Bahasa Melayu dalam tiga kerajaan melayu awal: satu tinjauan awal
Munaliza Zailan
Artikel ini bertujuan untuk memperlihatkan gambaran kedudukan bahasa Melayu dalam tiga Kerajaan Melayu iaitu Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Matlamatnya adalah untuk menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai peranan penting dan berfungsi sebagai lingua Franca di rantau ini. Sebagai kajian awal, artikel ini adalah berdasarkan sumber sekunder yang dirujuk daripada perpustakaan di Arkib Negara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maklumat dalam kertas kerja ini memberikan gambaran berhubung tentang latar belakang topik kajian. Selain itu, ia memberikan maklumat asas yang diperolehi daripada kajian lepas dan membantu membawa pemahaman yang menyeluruh berkenaan kedudukan bahasa Melayu dalam tempoh kajian ini. Katakunci: bahasa Melayu, kerajaan Melayu, kegemilangan, masyarakat Melayu..

230 hits

22013
Thesis
Peranan dan penglibatan wanita dalam Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya, 1949-1989
Munaliza Zailan
Penyelidikan ini adalah untuk menyelidik penglibatan dan peranan golongan wanita dalam perjuangan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya dari tahun 1949 hingga tahun 1989. Tempoh masa empat puluh tahun ini memperlihatkan keaktifan mereka dalam segala aktiviti Rejimen Ke-10. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan terhadap analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia, perpustakaan pusat-pusat pengajian tinggi, dan di perpustakaan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, temu ramah juga dijalankan dengan bekas-bekas kader Rejimen Ke-10 yang masih hidup kerana mereka adalah saksi yang terlibat secara langsung dalam perjuangan Rejimen Ke-10. Dapatan kajian membuktikan dan menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan yang amat penting dalam perjuangan Rejimen Ke-10 dalam membantu pasukan mereka bagi mencapai matlamat perjuangan. Kajian ini juga amat jelas menunjukkan bahawa wanita dalam Rejimen Ke-10 memberi sumbangan yang amat penting dan boleh dianggap sebagai tulang.....

39 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.