UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar mengenai pembangunan Modul Pengajaran Bahasa Inggeris CEFR untuk guru prasekolah KPM dengan menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. kaedah Fuzzy Delphi dilaksanakan bagi mendapatkan input untuk merekabentuk dan membina modul. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan kesepakatan pakar mengenai objektif modul, strategi pengajaran, teknik pengajaran, aktiviti yang sesuai, bahan sumber pengajaran serta kaedah penilaian yang sesuai digunakan di dalam modul pengajaran Bahasa Inggeris CEFR. Item soal selidik pakar dibina hasil temubual ke atas 5 pakar bertujuan untuk mendapatkan konsesus pakar dengan menggunakan 7 skala likert. Soal selidik pakar diedarkan kepada 14 orang pakar yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan Bahasa Inggeris. Instrumen kajian terbahagi kepada 2 bahagian yang merangkumi 45 item kajian bagi mendapat kesepakatan pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesepakatan pakar be.....
Article Published 2022 708 hits Available
2
Abstract
The purpose of this study was to develop The Common European Framework of Reference for Languages aligned English Listening and Speaking Skills Module for Preschool Teachers using the Design and Development Research Approach. The study was conducted in three phases, namely the needs analysis, design and development, and evaluation. For the need analysis, a questionnaire was distributed to 368 Ministry of Education preschool teachers. The findings concluded that there was a need to develop a CEFR aligned English Listening and Speaking Skills Module. The second phase was to design and develop a CEFR aligned English Listening and Speaking Skills Module using Fuzzy Delphi Method (FDM). The 14 expert panels reached the agreement on the module objectives, teaching strategies, teaching techniques, activities, teaching resource materials, and assessment methods. The findings of this phase have resulted a prototyped module. The third phase was the usability evaluation which involved .....
Thesis Published 2023 2304 hits Available
3
Abstract
Komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak mampu membantu perkembangan holistik anak terutama dalam pencapaian akademik dan emosi mereka. Pada masa kini, kanak-kanak banyak terdedah dengan pelbagai gajet yang membantutkan komunikasi di antara seisi rumah. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan komunikasi ibu bapa dengan anak-anak ketika berada di rumah. Kajian ini menggunakan kaedah temubual yang bersifat kualitatif ke atas tiga orang ibu bapa yang menetap di daerah Klang, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa yang sering berkomunikasi dengan anak-anak apabila berada di rumah dapat memberikan kesan yang positif kepada anak-anak dari segi bahasa, hubungan perapatan dan tingkah laku. Oleh yang demikian, perkara ini amat ditekankan dalam sesebuah institusi kekeluargaan agar hubungan kesejahteraan antara ahli keluarga dapat dipupuk. Kata kunci: komunikasi, penglibatan ibu bapa..
Article Published 2023 618 hits Available
4
Abstract
Komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak mampu membantu perkembangan holistik anak terutama dalam pencapaian akademik dan emosi mereka. Pada masa kini, kanak-kanak banyak terdedah dengan pelbagai gajet yang membantutkan komunikasi di antara seisi rumah. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan komunikasi ibu bapa dengan anak-anak ketika berada di rumah. Kajian ini menggunakan kaedah temubual yang bersifat kualitatif ke atas tiga orang ibu bapa yang menetap di daerah Klang, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa yang sering berkomunikasi dengan anak-anak apabila berada di rumah dapat memberikan kesan yang positif kepada anak-anak dari segi bahasa, hubungan perapatan dan tingkah laku. Oleh yang demikian, perkara ini amat ditekankan dalam sesebuah institusi kekeluargaan agar hubungan kesejahteraan antara ahli keluarga dapat dipupuk. Kata kunci: komunikasi, penglibatan ibu bapa..
Article Published 2023 607 hits Available
5
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk memperlihatkan gambaran kedudukan bahasa Melayu dalam tiga Kerajaan Melayu iaitu Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Matlamatnya adalah untuk menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai peranan penting dan berfungsi sebagai lingua Franca di rantau ini. Sebagai kajian awal, artikel ini adalah berdasarkan sumber sekunder yang dirujuk daripada perpustakaan di Arkib Negara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maklumat dalam kertas kerja ini memberikan gambaran berhubung tentang latar belakang topik kajian. Selain itu, ia memberikan maklumat asas yang diperolehi daripada kajian lepas dan membantu membawa pemahaman yang menyeluruh berkenaan kedudukan bahasa Melayu dalam tempoh kajian ini. Katakunci: bahasa Melayu, kerajaan Melayu, kegemilangan, masyarakat Melayu..
Article Published 2023 627 hits Available
6
Abstract
Penyelidikan ini adalah untuk menyelidik penglibatan dan peranan golongan wanita dalam perjuangan Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya dari tahun 1949 hingga tahun 1989. Tempoh masa empat puluh tahun ini memperlihatkan keaktifan mereka dalam segala aktiviti Rejimen Ke-10. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan terhadap analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia, perpustakaan pusat-pusat pengajian tinggi, dan di perpustakaan Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, temu ramah juga dijalankan dengan bekas-bekas kader Rejimen Ke-10 yang masih hidup kerana mereka adalah saksi yang terlibat secara langsung dalam perjuangan Rejimen Ke-10. Dapatan kajian membuktikan dan menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan yang amat penting dalam perjuangan Rejimen Ke-10 dalam membantu pasukan mereka bagi mencapai matlamat perjuangan. Kajian ini juga amat jelas menunjukkan bahawa wanita dalam Rejimen Ke-10 memberi sumbangan yang amat penting dan boleh dianggap sebagai tulang.....
Thesis Published 2013 273 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.