UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nathan Kuppusamy |
1 | 2021 thesis | Unsur psikologi dalam cerpen-cerpen Vairamuthu Nathan Kuppusamy Kajian ini bertujuan mengenal pasti struktur keperibadian id, ego dan superego watak
dalam cerpen Vairamuthu. Selain itu, kajian ini turut menganalisis perkembangan
keperibadian watak berdasarkan mekanisma pertahanan ego dan menghuraikan pengajaran
yang dapat diambil daripada watak tersebut dalam 15 cerpen karya Vairamuthu. Kajian ini
berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan teori Psikoanalisis
yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 18 watak
memaparkan keperibadian id, 14 watak memperlihatkan keperibadian ego dan 16 watak
mencerminkan keperibadian superego dalam cerpen Vairamuthu. Selain itu, tujuh daripada
10 jenis mekanisma pertahanan ego, iaitu rasionalisasi, represi, pembentukan reaksi, agresi,
pemindahan, projeksi dan sublimasi dapat dikesan dalam perkembangan keperibadian
watak cerpen Vairamuthu. Dalam pada itu, terdapat 21 pengajaran yang dapat diambil
berdasarkan watak dalam cerpen Vairamuthu. Kesimpulannya..... 963 hits |