UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai murni serta unsur pengajaran yang terkandung dalam puisi-puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy dan mengaitkan puisi-puisi tersebut dengan pembentukkan sahsiah mulia dalam kalangan murid. Kumpulan puisi tradisional yang dikaji ialah Kaviy?r, I?iya v??kkai dan Kalvik ka?ika? yang berjumlah tujuh puluh enam buah puisi tradisional. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta berasaskan teori moral digunakan untuk mengkaji puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 17 nilai murni dan 12 unsur pengajaran dalam puisi tradisional tersebut. Selain itu, lapan sahsiah mulia dapat dibentuk dalam kalangan murid melalui puisi-puisi tradisional tersebut. Dapatan kajian menunjukan nilai murni yang diterapkan dalam puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy sangat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar...
Thesis Published 2017 2283 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti imej wanita, menganalisis emansipasi wanita dan  menghuraikan status wanita dalam cerpen-cerpen terbitan akhbar Makkal ?sai dari 2006 hingga 2017.  Pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks  berdasarkan  teori   ginokritik  yang  diperkenalkan  oleh  Elaine  Showalter  telah digunakan   untuk   menjalankan    kajian   ini.   Dapatan   kajian   menunjukkan   bahawa sebanyak 30 cerpen sahaja mencerminkan  feminisme daripada 624 cerpen yang telah diterbitkan  dalam  jangka  masa  12  tahun  tersebut.   Daripada  jumlah  cerpen  tersebut, aspek-aspek imej dapat dilihat sebagai ibu dalam 6 cerpen,  isteri dalam 5 cerpen, anak gadis  4  cerpen,  anak  dan  guru  masing-masing  3  cerpen,  anak   dara  tua  dan  kawan masing-masing 2 buah cerpen dan sebagai kakak, kekasih, menantu, mentua dan  cucu masing-masing dalam sebuah cerpen sahaja. Dari aspek emansip.....
Thesis Published 2021 2787 hits Available
3
Abstract
This study investigates factors that influence international school secondary students’ attitude towards mathematics. A data was collected from 177 respondents studying in one international school in Sungai Buloh ranging between ages 11 - 16 years old by using an online questionnaire. The data were analysed descriptively and using t-test, one-way ANOVA, and multiple linear regressions with the help of the SPSS software. The result from the one-way ANOVA shows a significant difference among the range of age groups while there is no significant difference between gender and students’ performance in mathematics based on the t-test.  There is a positive correlation between the students’ attitude and their performance in mathematics. The most attitude factor that contributes to the students’ performance is self-efficacy. The findings provide a better view for educators, schools, and institutions to develop a better teaching and learning method to improve students’ selfefficacy. .....
Article Published 2020 1479 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti struktur keperibadian id, ego dan superego watak dalam cerpen Vairamuthu. Selain itu, kajian ini turut menganalisis perkembangan keperibadian watak berdasarkan mekanisma pertahanan ego dan menghuraikan pengajaran yang dapat diambil daripada watak tersebut dalam 15 cerpen karya Vairamuthu. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan teori Psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 18 watak memaparkan keperibadian id, 14 watak memperlihatkan keperibadian ego dan 16 watak mencerminkan keperibadian superego dalam cerpen Vairamuthu. Selain itu, tujuh daripada 10 jenis mekanisma pertahanan ego, iaitu rasionalisasi, represi, pembentukan reaksi, agresi, pemindahan, projeksi dan sublimasi dapat dikesan dalam perkembangan keperibadian watak cerpen Vairamuthu. Dalam pada itu, terdapat 21 pengajaran yang dapat diambil berdasarkan watak dalam cerpen Vairamuthu. Kesimpulannya.....
Thesis Published 2021 2472 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur ketuhanan mengikut etnografi sejarah dalam epik Silapathikaram dengan masyarakat India di Malaysia. Etnografi sejarah merupakan satu cabang dalam bidang antropologi yang mengkaji asal-usul sesebuah suku kaum berdasarkan ciri-ciri khusus yang dikaji untuk dijadikan sebagai sebagai bahan sejarah untuk generasi akan datang. Oleh kerana, epik Silapathikaram merupakan dalam bentuk kesusasteraan penyelidik menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalisis kandungan dalam epik tersebut untuk memungut data kajian. Pengkaji telah melakukan kajian lapangan dengan mengambil gambar dan artifak untuk mengumpul data mengenai cara hidup masyarakat India di Malaysia terhadap Tuhan. Epik Silapathikaram yang dikaryakan oleh Ilanggovadigal pada kurun 2 masihi iaitu pada Zaman Sangam. Epik ini mengambarkan gaya hidup masyarakat pada zaman purba. Walaupun terdapat banyak epik dalam kesusasteraan Tamil unsur ketuhanan yang terdapat dalam epik ini kurang dikaji oleh p.....
Thesis Published 2020 1235 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Literasi Bacaan Digital dan menilai kesannya terhadap pencapaian murid dalam kemahiran membaca bahasa Tamil. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang berasaskan Model ADDIE yang merangkumi tiga fasa utama iaitu analisis, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian yang dilaksanakan secara sistematik dan menyeluruh. Pada fasa pertama, analisis keperluan dijalankan dengan menggunakan tiga instrumen utama iaitu temu bual berstruktur, pemerhatian dan soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai keperluan membangunkan Modul Literasi Bacaan Digital dalam bahasa Tamil bagi murid Tahun Tiga di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru bersetuju bahawa murid menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca merentasi tiga kategori murid iaitu lemah, sederhana dan cemerlang. Guru-guru juga mencadangkan penggunaan modul dalam bentuk digital sebagai pendekatan yang berkesan untuk memba.....
Thesis Published 2025 81 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.