AbstractKajian ini bertujuan meninjau perlaksanaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum sekolah menengah. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan guru sekolah menengah mengenai konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kaedah yang digunapakai guru serta masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif menggunakan temu bual semi struktur telah digunakandalamkajianini. Seramai15orangguru yang mewakilisetiapmatapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni, PendidikanJasmanidan Kesihatan,Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup Bersepadu, dari salah sebuah sekolah menengah dalam daerah Kota Star, Kedah telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa g.....