UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

2
Abstract
Students whom are the future leader of the country were assessed to study their behaviour towards Municipal Solid Waste (MSW) recycling. A total of 302 form three students were randomly chosen from nine secondary schools in PutraJaya. An instrument namely Students Behaviour on Recycling (SBoR) that consist of Theory of Planned Behaviour (TPB) (attitude, subjective norm, and perceived behaviour control) and Others Determinant Factors (ODF), (awareness, knowledge of issue, motivation, preferences scheme, recycling practice, and situational factors) were administered to the respondents. The data was analysed using descriptive analysis, Spearman correlation, and standard multiple regression. 77.5% and 22.5% of the students possess excellent and good behaviour towards MSW recycling, respectively. There is weak-positive correlation between TPB and students behaviour with r=0.450 (p=0.000), and strong-positive correlation between ODF and students behaviour with r=0.691 (p=0.000). 20.4% of R2 .....
Thesis Published 2016 1574 hits Available
4
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk meneroka pelaksanaan penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak. Secara khususnya kajian ini memberi maklumat tentang elemen-elemen penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus kanak-kanak yang berusia 4+ dan 5+ di sebuah tadika di negeri Perak. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian pelbagai kes. Data kajian diperoleh menerusi dokumen dan pemerhatian terhadap peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen pelaksanaan aktiviti penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak dapat ditonjolkan menerusi soalan kanak-kanak, pemilihan bahan dan alat radas, tatacara pelaksanaan penyiasatan dan penghasilan projek. Lantaran itu, hasil kajian ini membuktikan bahawa penyiasatan secara inisiatif kanak-kanak mampu meningkatkan penguasaan konsep sains kanak-kanak...
Article Published 2018 953 hits Available
5
Abstract
Sifat ingin tahu kanak-kanak merupakan asas kepada penerokaan, penemuan, pembentukan pengetahuan dan konsep sains tentang dunia di sekeliling mereka. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan di sebuah tadika dan melibatkan dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus yang terdiri daripada l5 orang kanak-kanak. Kajian kes ini melibatkan empat projek iaitu Stomata, Darah, Sabun dan Rama-rama. Data kajian ini diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara beberapa sumber data daripada pemerhatian, dokumen, temu bual tidak berstruktur dan separa berstruktur. Hasil kajian mendapati kerangka alternatif kanak-kanak tentang Alam Kehidupan adalah berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Seterusnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kerangka alternatif kanak-kanak iaitu imaginasi, bahasa harian, ciri-ciri animisme, pandangan berpusatkan diri dan berfokus.....
Thesis Published 2019 1702 hits Available
6
Abstract
Kurikulum pengajaran matematik peringkat pengajian tinggi perlu melalui suatu transformasi perubahan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing dan seiring dengan perkembangan kepesatan ekonomi negara. Pelbagai konsep pedagogi muncul dan yang terkini adalah pendekatan paragogi. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada kriteria paragogi yang dapat dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan pedagogi matematik pada peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghasilkan kriteria pendekatan paragogi untuk pengajaran dan pembelajaran matematik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui proses tinjauan literatur yang dilaksanakan secara insentif, tema dan ciri-ciri pendekatan paragogi ini ditentukan untuk panduan kegunaan para pendidik matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Proses ini turut merangkumi analisis model pengajaran dan pembelajaran dari aspek teori, model atau konsep, menelusuri beberapa dokumen dasar pendidikan yang berkaitan dengan pe.....
Article Published 2021 823 hits Available
7
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah membangunkan kit pengajaran Flipped Classroom Alkali Metals (FCAM) dan mengenal pasti persepsi guru terhadap kit pengajaran FCAM bagi konstruk isi kandungan dan kepuasan. Pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) ubah suai bersama model Diskrepansi, model ADDIE dan model penilaian formatif Tessmer telah dijadikan panduan kepada pengkaji membangunkan kit pengajaran FCAM. Instrumen kajian yang terlibat adalah soal selidik analisis keperluan kit pengajaran Flipped Classroom, borang penilaian kesahan kandungan kimia kit pengajaran FCAM, borang penilaian kesahan pedagogi kit pengajaran FCAM dan soal selidik persepsi guru terhadap kit pengajaran FCAM. Seramai 118 orang guru kimia di negeri Melaka telah terlibat sebagai responden kajian. Data kesahan kandungan kit pengajaran FCAM dianalisis secara peratus persetujuan pakar manakala nilai min persepsi guru terhadap kit pengajaran FCAM pula dianalisis secara statistik deskriptif menggu.....
Thesis Published 2022 2639 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau perlaksanaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum sekolah menengah. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan guru sekolah menengah mengenai konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kaedah yang digunapakai guru serta masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif menggunakan temu bual semi struktur telah digunakandalamkajianini. Seramai15orangguru yang mewakilisetiapmatapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni, PendidikanJasmanidan Kesihatan,Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup Bersepadu, dari salah sebuah sekolah menengah dalam daerah Kota Star, Kedah telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa g.....
Thesis Published 2008 999 hits Available
9
Abstract
Komunikasi interpersonal dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran yang memberi kesan terdapat perkembangan psikososial seseorang individu. Corak komunikasi lebih mesra dan harmoni dengan kewujudan satu interaksi interpersonal yang mengekalkan keseimbangan sistem keluarga. Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengetahui tentang hubungan komunikasi interpersonal antara ibu bapa dan remaja B40 daripada pendekatan psikososial. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Sampel kajian ini terdiri daripada remaja B40 yang berumur 16-25 tahun di Sungai Petani dengan melibatkan seramai 109 orang. Kajian ini menggunakan alat pengukur Revised Family Communication Patterns (1990). Data kajian dianalisis menggunakan aplikasi SPSS. Dapatan kajian menunjukkan responden mengamalkan kedua-dua bentuk komunikasi orientasi perbualan dan orientasi keakuran pada tahap yang tinggi dan seimbang. Kajian ini menunjukkan bahawa komun.....
Article Published 2023 750 hits Available
10
Abstract
Kerangka Kurikulum Pengajian Tinggi Malaysia mencadangkan transformatif dalam pengajaran dan pembelajaran peringkat pengajian tinggi secara menyeluruh seiring dengan perkembangan Pendidikan 4.0. Elemen utama yang diperkenalkan dalam kerangka ini adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan heutagogi, paragogi dan sibergogi (HPS). Namun begitu, tiada kriteria khusus untuk mengaplikasikan pendekatan ini khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengesahkan tema dan item dalam HPS. Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan dengan menggunakan soal selidik Kriteria Heutagogi, Paragogi dan Sibergogi (SHPS) bagi setiap tema dan item yang diperoleh. Tinjauan dilakukan kepada 317 pendidik matematik dan pendidikan matematik di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema bagi kriteria heutagogi iaitu pembelajaran kolaboratif, kebolehrundingan pentaksiran, penentuan kendiri/kontrak pembelajaran dan amalan refleksi dengan juml.....
Thesis Published 2024 211 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.