UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli |
1 | 2016 article | Hubungan antara strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi dalam kalangan pelajar di Jerman Muhd Zulkifli Noor Zuhidayah, Abu Bakar Siti Saniah, Kajian ini dijalankan untuk meneliti hubungan antara strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi pelajar yang mempelajari bahasa Melayu di Jerman. Kaedah kuantitatif digunakan dengan mengemukakan instrumen soal selidik bagi mengumpulkan data. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman, telah dipilih sebagai responden kajian. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi Pearson, r. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan motivasi pelajar. Implikasi kajian ini dapat membantu para pelajar dan guru untuk mengenali motivasi pembelajaran yang dapat membantu pelajar untuk mempelbagaikan strategi pembelajaran bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar... 1798 hits |
2 | 2015 thesis | Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli Kajian ini dijalankan untuk meneliti strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman semasa di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan serta menganalisis motivasi pelajar mempelajari bahasa Melayu serta hubungannya terhadap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpul melalui instrumen soal selidik, kemudian data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar di Jerman lebih kerap menggunakan pelbagai strategi semasa mempelajari bahasa Melayu di dalam kelas berbanding di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan..... 1376 hits |
3 | 2019 article | Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli Kajian ini memfokuskan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing berdasarkan hubungan antara bahasa dan budaya yang saling berkait rapat. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji komponen budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kaedah kuantitatif yang menggunakan soal selidik dijalankan untuk mengumpul data. Seramai 30 orang pelajar program Bahasa Melayu di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Jepun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersetuju bahawa aspek budaya Melayu perlu dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam kelas Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi (min=3.58) yang melibatkan kerangka budaya 3P yang mengandungi tiga dimensi budaya, iaitu produk, praktik dan perspektif. Perspektif budaya Melayu merupakan dimensi budaya yang pal..... 845 hits |