AbstractKajian ini tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan dalam meningkatkan
kualiti karangan pelajar menengah atas. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Seramai
233 orang pelajar dari salah sebuah sekolah di Daerah Larut Matang dan Selama dipilih sebagai
responden. Empat orang guru juga dipilih bagi mengisi borang data. Pemboleh ubah bebas dalam kajian
ini ialah ciri-ciri demografi, iaitu jantina, gred, masalah pelajar, latihan penulisan, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan. Pemboleh ubah bersandar ialah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan dalam meningkatkan kualiti karangan pelajar. Kajian ini bertujuan melihat
masalah-masalah pelajar dalam pembelajaran penulisan karangan, teknik pengajaran yang
berkesan dalam meningkatkan kualiti karangan pelajar dan hubungan antara keker.....