|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 3 |
| Simplified search suggestions : Nor Arifah Che Wahab |
| 1 | 2013 Thesis | Pembangunan perisian kursus Matematik (Mationary) bagi pelajar pemulihan khas Nor Arifah Che Wahab Kajian ini dijalankan untuk merekabentuk dan membangunkan koswer untuk pelajar pemulihan khas. Koswer ini dikenali sebagai koswer Mationary. Sampel kajian terdiri daripada guru pemulihan khas, guru tadika dan juga guru prasekolah. Hasil rekabentuk koswer Mationary ini diuji kepada guru-guru pemulihan khas, guru tadika dan juga guru prasekolah di beberapa buah sekolah yang terpilih. Hasil kajian menunjukkan koswer ini dapat membantu guru untuk dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Guru-guru yang terpilih untuk menggunakan koswer Mationary ini, memberikan maklumbalas positif. Kajian yang dijalankan ini akan memberi banyak manfaat kepada sistem pendidikan negara terutamanya kepada guru, pelajar dan ibu bapa. Mationary merupakan salah satu BBM guru pemulihan khas untuk membantu murid menguasai pengiraan. Sekurang-kurangnya guru tidak perlu menghabiskan masa yang panjang untuk menyiapkan bahan pengajaran yang sebegini. Guru boleh menumpukan ma..... 1165 hits |
| 2 | 2025 Thesis | Pembangunan aplikasi mudah alih pengajaran tulisan terhadap perkembangan menulis murid tahun satu Nor Arifah Che Wahab Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan aplikasi pengajaran penulisan mudah alih bagi perkembangan penulisan murid Tahun Satu. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan fokus kepada kaedah penyelidikan tinjauan. Pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah berdasarkan model pengajaran ADDIE yang melibatkan fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Untuk fasa analisis, soalan berstruktur telah diedarkan kepada guru-guru bagi mengukur tahap penulisan murid. Dapatan daripada fasa analisis menunjukkan 30 peratus murid Tahun Satu dapat menulis dengan tulisan yang jelas dan betul, manakala selebihnya memerlukan bimbingan dalam aspek tanda baca dan tulisan yang jelas. Seterusnya, fasa reka bentuk melibatkan tiga pakar yang terdiri daripada pensyarah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dapatan ..... 4 hits |
| 3 | 2019 Thesis | Kebolehgunaan aplikasi multimedia berasaskan video berdasarkan kriteria keperluan yang dikenal pasti kepada kanak-kanak disleksia. Noor Ashafiqa Zamani Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasi
multimedia berasaskan video berdasarkan kriteria keperluan kanak-kanak disleksia di
Sekolah Kebangsaan Bayan Baru, Pulau Pinang. Model Addie digunakan sebagai
metodologi pembangunan aplikasi berkenaan yang mengambil kira kriteria keperluan
kanak-kanak disleksia, iaitu kebolehgunaan reka bentuk antara muka, isi kandungan
pengajaran, dan kepuasan pengguna. Pengujian terhadap kebolehgunaan aplikasi
melibatkan sembilan (9) orang guru pendidikan khas SKBB dan 15 orang pelajar
disleksia. Data kajian diperoleh melalui kaedah tinjauan yang melibatkan para guru
berkenaan dan kaedah pemerhatian melalui video rakaman melibatkan para pelajar
berkenaan. Instrumen kajian untuk tinjauan merupakan satu borang soal selidik yang
dibangunkan dan disahkan oleh Nor Arifah Che Wahab (2013). Manakala, instrumen
kajian untuk pemerhatian melibatkan satu senarai semak Literacy and Numeracy
Screening (LINUS) yang terdiri ..... 3114 hits |