UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nor Aziah Ahamad Shatar |
1 | 2021 Thesis | Kesan modul bimbingan kelompok Rational Emotive Behavior Therapy terhadap aspek psikologi awal remaja berisiko Nor Aziah Ahamad Shatar Kajian ini bertujuan menguji kesan modul Bimbingan Kelompok Rational Emotive
Behavior Therapy (BK REBT) terhadap aspek psikologi yang melibatkan resilien,
lokus kawalan, efikasi kendiri dan sokongan sosial awal remaja berisiko. Kaedah kajian
eksperimen kuasi telah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan 120 orang murid
berumur 11 tahun di dua buah sekolah rendah telah dipilih menggunakan kaedah
persampelan rawak bertujuan. Subjek dibahagi kepada lapan kelompok iaitu dua
kelompok rawatan lelaki, dua kelompok rawatan perempuan, dua kelompok kawalan
lelaki dan dua kelompok kawalan perempuan. Data ujian pra dan ujian pasca dikumpul
menggunakan Skala Resilien Untuk Awal Remaja (RSEA), Instrumen Lokus Kawalan
(LOC), Soal Selidik Efikasi Kendiri Untuk Kanak-Kanak (SEQ-C) dan Skala
Multidimensi Penerimaan Sokongan Sosial (MSPSS), seterusnya telah dianalisis secara
deskriptif dan inferensi melibatkan Min, Ujian t-Sampel Berpasangan, ANCOVA dan
ujian Post Hoc Tukey. Hasil kajian m..... 2183 hits |