AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan papan Chemypoly yang
mendapat nilai indeks kesahan yang baik dan mengkaji persepsi guru pelatih terhadap
permainan papan Chemypoly.Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian reka
bentuk dan pembangunan (DDR). Model reka bentuk yang dipilih adalah model
ADDIE. Sampel kajian terdiri daripada guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia semester 5 hingga semester 7.
Bagi kesahan, tiga orang pakar daripada Jabatan Kimia telah dipilih bagi menilai
kesahan muka dan kandungan permainan. Terdapat 2 instrumen yang digunakan iaitu
borang penilaian kesahan nmuka dan kandungan permainan dan borang soal selidik
persepsi permainan. Bagi analisis data, kesahan dinilai menggunakan Content Validity
Index (CVI). Bagi soal selidik persepsi pula, data dianalisis menggunakan kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai. Nilai kebolehpercayaan Cronbach's Alpha yang
diperoleh daripada kajia.....