AbstractKajian ini bertujuan untuk. meneliti hubungan pelaksanaan program akademik terhadap penghasilan guru efektif di Jabatan Perakaunan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Reka bentuk kajian adalah kajian secara tinjauan iaitu data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Jumlah sampel kajian adalah seramai 82 orang guru pelatib daripada Jabatan Perakaunan. Analisis deskriptif digunakan untuk mencari taburan frekuensi bagi faktor-faktor demografi. Analisis kolerasi digunakan untuk menentukan hubungan antara elemen-elemen dalam kurikulum Program Pendidikan Perakaunan dengan penghasilan guru efektif. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara subjek bagi kursus universiti, kursus pendidikan dan kursus major dengan penghasilan guru efektif. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan dalam salah satu eiri guru efektif iaitu jangkaan guru terhadap pelajar bagi subjek kursus pendidikan dan major. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifik.....