AbstractTujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara iklim sekolah dan
kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah. Tambahan, kajian ini juga bertujuan
mengenal pasti pengaruh iklim sekolah yang paling dominan dalam mempengaruhi
kepuasan kerja dalam kalangan guru. Kajian ini mengunakan teori ekologi Bronfenbrenner.
Reka bentuk kajian tinjauan yang berbentuk “cross sectional” digunakan untuk mengumpulkan
data. Secara keseluruhan, 242 guru sekolah menengah dari Temerloh, Pahang dipilih untuk kajian ini
mengunakan persampelan rawak berstrata. Instrumen Organizational Climate Questionnaire yang
telah dibangunkan oleh Litwin dan Stringer (1968) dan telah diterjemahkan oleh National
Institute of Translation (ITNM, 2009) digunakan untuk mengukur iklim sekolah. Manakala
instrumen soa.....