AbstractKajian ini bertujuan menjelaskan fungsi dan motif cerita dalam teks Syair Bongsu Pinang
Peribut dan Puteri Susu Ganda (SBPPPSG) dengan teks Cherita Bongsu Pinang Peribut (CBPP). Kajian
turut menganalisis fungsi dan motif cerita dalam teks SBPPPSG sebagai dokumen sosiobudaya
berdasarkan kerangka gabungan Teori Morfologi V. Propp dan Pendekatan Sosiologi Sastera Rene Wellek
dan Austin Warren. Selain itu, kajian dilakukan untuk menghuraikan nilai berbentuk amanat melalui
fungsi dan motif cerita berdasarkan teks dan konteks. Penyelidikan ini menggabungkan Teori
Morfologi V. Propp dan Pendekatan Sosiologi Sastera Rene Wellek dan Austin Warren, iaitu Sosiologi
Karya Sastera. Kaedah kualitatif digunakan untuk meneliti analisis kandungan teks yang terdapat
dalam genre lipur lara ini. Data-data dalam kajian ini terdiri daripada data primer, iaitu teks
SBPPPSG dan CBPP; dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai sumber ilmiah bagi memperkukuh
dapatan kajian. M.....