UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 1
Simplified search suggestions : Nor Najihah Mod Najib
12020
thesis
Pembangunan garis panduan pelaksanaan pentaksiran untuk guru-guru tadika swasta
Nor Najihah Mod Najib
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan garis panduan pelaksanaan pentaksiran untuk guru-guru tadika swasta. Tujuan membangunkan panduan ini adalah untuk membantu dan memudahkan guru dalam melaksanakan proses pentaksiran di TADIKA swasta. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Perkembangan Vygotsky, Model Penilaian KIPP Stufflebeam dan Model Pengajaran UPSI. Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan atau (DDR) telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan yang terakhir fasa penilaian. Sampel 60 pakar dipilih berdasarkan kriteria khusus seperti lebih dari lima (5) tahun pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan bidang pengukuran serta pakar tidak mempunyai bias dengan pakar yang lain. Fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan membuat meta analisis menggunakan rujukan bahan dari kajian-kajian lepas dan menjalankan protokol temu bual bersama lima (5) orang guru TADIKA .....

704 hits

Filter
thesis ... (1)
article ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Nor +Najihah +Mod +Najib




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.