UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 14
Simplified search suggestions : Noraini Mohamed Noh
12016
article
Keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 3
Khor Huan Chin, Mohamed Noh Noraini,
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 3. Kaedah kuantitatif digunakan untuk menjalani kajian ini. Kaedah kuantitatif yang berbentuk eksperimen kuasi bagi tujuan menilai keberkesanan penggunaan papan putih interaktif dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 3. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak melibatkan 40 orang murid tahun tiga yang mencapai keputusan markah antara 50% hingga 69% dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan akhir tahun 2015 di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah Pasir Gudang. Subjek kajian terdiri daripada 20 orang murid kumpulan eksperimen dan 20 orang murid kumpulan kawalan. Set ujian bertulis digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan papan put.....

2232 hits

22016
article
Kepuasan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di SJK(C) melalui penggunaan papan putih interaktif
Abdul Radzak Azizul, Mohamed Noh Noraini,
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan pembelajaran melalui penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian ini akan mengkaji persepsi murid dan guru terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara bertujuan yang melibatkan 15 orang murid tahun 3 dan dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3. Lokasi kajian adalah di sebuah SJK(C)di daerah Pasir Gudang, Johor Bahru. Dua jenis instrumen kajian digunakan iaitu pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak dan temu bual separa berstruktur. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan murid merasa puas terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam proses pengajaran di kelas. Murid berasa gembira dan seronok semasa proses pengajaran guru menggunakan papan puti.....

875 hits

32016
article
Pembinaan dan penilaian makmal maya (Nora VLab) untuk menerapkan kemahiran proses Sains dalam kalangan murid
Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Wong Kung Teck, Hamzah Mahizer,
Kajian ini bertujuan membina dan menilai makmal maya (Nora VLab) yang berasaskan aplikasi multimedia bagi menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu membangunkan perisian makmal maya (Nora VLab) dalam satu sub tajuk iaitu “Ketumpatan”, mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab untuk membantu murid dalam penerapan kemahiran proses sains. Model rekabentuk pengajaran ADDIE diguna sebagai panduan rekabentuk Nora VLab. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama kajian bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kesukaran dan kekerapan tajuk Ketumpatan terdapat dalam sukatan mata pelajaran sains, model pembelajaran serta reka bentuk yang sesuai. Fasa kedua kajian adalah untuk membangunkan perisian Nora VLab. Susunan konsep dan kemahiran dalam perisian Nora VLab adalah berdasarkan Teori Kognitivisme, Teori Konstruktivisme dan Teori Kontekstu.....

5494 hits

42016
article
Pembelajaran teradun: satu tinjauan literatur terhadap faktor-faktor penerimaan guru melalui model-model penerimaan
Yeop Mohd Azli, Kung Teck Wong, Mohamed Noh Noraini,
Penulisan ini akan membincangkan faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model penerimaan terdahulu yang telah stabil. Faktor-faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Pembelajaran Teradun dikenal pasti melalui tinjauan literature dan tinjuan ringkas-temubual semi berstruktur. Tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci pembentukan dan penetapan faktor-faktor penerimaan guru terhadap Pembelajaran Teradun berdasarkan model-model terdahulu bagi persekitaran pembelajaran sekolah-sekolah Malaysia. Hasil penulisan ini diharap dapat memberi gambaran lengkap berkenaan faktor-faktor penerimaan guru dan ianya mampu menjadi panduan kepada pelaksana polisi bagi menjayakan pendekatan Pembelajaran Teradun di Malaysia..

8015 hits

52013
article
Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru Sains
Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Nik Yusuff Nik Azmah, Mansor Rosnidar,
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya ialah capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekita.....

2630 hits

62014
article
Pembinaan instrumen amalan pentaksiran guru matematik sekolah menengah
Abdullah Mohd Faizal Nizam Lee, Hamzah Mohd Sahandri Gani, Che Ahmad Che Nidzam, Adnan Mazlini, Mohamed Noh Noraini, Suhaimi Shafini,
Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Instrumen ini adalah berbentuk rubrik dua lapis. Berdasarkan tinjauan literatur, instrumen kajian dibina merangkumi dua komponen utama: (1) ciri-ciri sedia ada yang dimiliki guru; serta (2) amalan yang dilakukan. Komponen pertama terdiri daripada empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan, kemahiran dan sikap. Komponen kedua, amalan yang dilakukan guru terdiri daripada lima konstruk iaitu blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Adalah diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran mengenai instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah yang dibina...

4783 hits

72015
article
Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains
Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Mansor Rosnidar, Mohamed Hashim Abdul Talib, Wong Kung Teck,
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains yang dijalankan di sekolah menengah. Penilaian dilihat dari aspek konteks, input, proses dan produk serta hubungannya dengan pengalaman mengajar guru. Kebaikan, kelemahan, cabaran dan cadangan guru sains dalam merealisasikan PBS juga telah dikenal pasti. Kajian ini melibatkan 112 orang guru yang mengajar sains dari 21 buah sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan soalan temu bual sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta analisis korelasi Pearson telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tahap dimensi konteks, input dan produk berada pada tahap sederhana manakala tahap dimensi proses berada pada tahap tinggi. Hipotesis kaji.....

2762 hits

82017
article
Pembinaan perisian interaktif untuk menerapkan kemahiran proses sains dalam mata pelajaran sains sekolah rendah
Abdullah Norazilawati, Nik Yusuf Nik Azmah, Mohamed Noh Noraini, Md Zabit Mohd Nazir,
1902 hits

92017
article
Scientific identity and inquiry-based teaching amongst secondary school adolescents
Nik Yusuff Nik Azmah, Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini,
2739 hits

102017
article
Keberkesanan pendekatan Flipped Classroom dalam pembelajaran sains di sekolah rendah
Mohamed Noh Noraini, Abdullah Norazilawati, Wong Kung Teck, Hamzah Mahizer,
1862 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.