UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 4 |
Simplified search suggestions : Norazlin Mohd Rusdin |
1 | 2018 article | Keupayaan menyelesaikan masalah Matematik berayat menggunakan strategi melukis gambar rajah dalam kalangan murid tahun 3 sekolah rendah Norazlin Mohd Rusdin Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid Tahun 3 sekolah rendah menyelesaikan masalah matematik berayat berdasarkan Model Penyelesaian Masalah Polya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara persampelan bertujuan dan melibatkan seorang peserta Tahun 3 di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kinta Utara. Peserta ini berada pada tahap penguasaan baik dalam matematik. Pengumpulan data menggunakan Teknik Think Aloud, Protokol Temu Bual dan Senarai Semak Pemerhatian. Dapatan kajian yang berbentuk rakaman video, skrip penulisan penyelesaian masalah dan catatan penyelidik dianalisis secara kualitatif melalui lima proses iaitu penerokaan data kajian, transkripsi, mengorganisasi, pengkodan dan analisis dapatan. Analisis menjelaskan proses penyelesaian masalah oleh murid merujuk kepada Model Polya, khususnya strategi melukis gambar rajah. Hasil kajian menunjukkan peserta telah melaksanakan proses me..... 534 hits |
2 | 2020 article | Teknik Fuzzy Delphi dalam mereka bentuk modul Pedagogi pembelajaran aktif berasaskan kemahiran 4k bagi nombor bulat dan operasi asas Matematik Norazlin Mohd Rusdin Kajian ini dilaksanakan bertujuan mereka bentuk Modul Pedagogi Pembelajaran Aktif Berasaskan Kemahiran 4K bagi Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik (Modul Pedagogi PA4K). Modul ini adalah untuk kegunaan guru matematik dan murid Tahun Tiga sekolah rendah. Teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 16 orang pakar dari bidang pedagogi dan matematik sekolah rendah telah digunakan untuk menentukan elemenelemen modul. Kesesuaian item-item bagi Modul Pedagogi PA4K ditentukan berdasarkan nilai threshold, d ≤0.2, kesepakatan pakar ≥ 75%. Hasilnya, item-item dari standard kandungan Nombor Bulat dan Operasi Asas, kemahiran.
4K dan aktiviti pembelajaran aktif telah dapat diputuskan berdasarkan ranking daripada konsensus pakar melalui proses defuzzification. Kesimpulannya, item-item yang menduduki ranking teratas adalah paling sesuai dan akan diguna pakai dalam pembangunan Modul Pedagogi PA4K. Implikasi teoritis kajian ini ialah penghasilan satu kerangka pedagogi pembelajaran aktif berasaskan ke..... 1196 hits |
3 | 2021 thesis | Pembangunan Modul Pedagogi Pembelajaran Aktif Berasaskan Kemahiran 4K bagi Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik Norazlin Mohd Rusdin Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pedagogi Pembelajaran Aktif Berasaskan
Kemahiran 4K bagi Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik (Modul Pedagogi
PA4K) bagi kegunaan guru dan murid Tahun Tiga. Pendekatan Kajian Reka Bentuk
dan Pembangunan (Design and Development Research - DDR) telah diaplikasikan.
Kajian ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa I (Analisis Keperluan) yang
melibatkan kajian tinjauan ke atas 140 sampel yang terdiri daripada guru-guru
matematik dan murid-murid Tahun Tiga. Manakala, Fasa II (Reka Bentuk dan
Pembangunan) melibatkan 16 orang pakar matematik sekolah rendah dan pedagogi
bagi menentukan elemen-elemen modul. Seterusnya, Fasa III (Penilaian) terdiri
daripada penilaian kesahan draf modul oleh enam orang pakar serta penilaian
kebolehgunaan modul melibatkan 40 orang murid Tahun Tiga dan seorang guru
matematik. Selain itu, data tahap penguasaan kemahiran 4K murid selepas
penggunaan modul juga digunakan untuk analisis nilai Cronbach’s Alpha ba..... 2003 hits |
4 | 2021 article | Kebolehgunaan Modul Pedagogi Pembelajaran Aktif Berasaskan Kemahiran 4k bagi Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik Norazlin Mohd Rusdin Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kebolehgunaan Modul Pedagogi Pembelajaran Aktif Berasaskan Kemahiran 4K bagi Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik (Modul Pedagogi PA4K). Kajian kebolehgunaan ini melibatkan dua orang guru matematik dan 40 orang murid Tahun Tiga sekolah rendah. Kajian pra-eksperimen ujian pra ujian pos satu kumpulan telah dilaksanakan ke atas murid yang terlibat manakala guru pula dilibatkan dalam satu sesi temu bual selepas selesai pelaksanaan modul. Hasil analisis ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan pada tahap penguasaan murid bagi keempat-empat kemahiran 4K iaitu pemikiran kritis (t = -57.475; p < .005), komunikasi (t = -36.462; p < .005), kolaborasi (t = -27.470; p < .005) dan kreativiti (t = -35.511; p < .005). Malah, hasil temu bual guru juga menyokong kebolehgunaan Modul Pedagogi PA4K. Maka, kajian ini telah mengenal pasti bahawa Modul Pedagogi PA4K berpotensi membawa impak positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran m..... 296 hits |