|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Norazrin Amirah Sulaiman |
| 1 | 2019 Thesis | Hubungan dinamik antara pemboleh ubah interaksi dan perdagangan antarabangsa terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia Norazrin Amirah Sulaiman Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan hubungan dinamik
antara pemboleh ubah interaksi dan perdagangan antarabangsa dalam dua model yang
berbeza (Model Eksport dan Model Import) terhadap pertumbuhan ekonomi di
Malaysia dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Bagi mengesan
kewujudan hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara pemboleh ubah
endogenous dan eksogenous, kajian ini telah mengaplikasikan kaedah Model Vektor
Pembetulan Ralat (VECM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa perdagangan
antarabangsa memberi impak yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan jangka pendek antara pemboleh
ubah interaksi eksport (Model Eksport) dan interaksi import (Model Import) terhadap
pertumbuhan ekonomi. Selain itu, pemboleh ubah ralat juga menunjukkan nilai yang
signifikan dalam jangka panjang bagi Model Eksport ( ECTX ? = -5.3741) dan Model
Import ( ECTM ? = -0.0001). Kesimpulannya, dapatan kajian men..... 1523 hits |