UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

Simplified search suggestions : Nordiana Hamzah
1
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini bagi menganalisis emosi pengarang, emosi karya dan emosi pembaca untuk mencapai kenikmatan sebagai pembaca (juga pengkaji) yang dapat mengesan rasa karya. Teks-teks yang dipilih sebagai data kajian merupakan novel-novel yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah Daun (1982), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988), Anugerah (1995), Hujan Sudah Teduh (2004), Haruman Kencana (2007) serta Bulan dan Mentari (2008). Dapatan kajian menunjukkan evolusi emosi novel ZN mempunyai korelatif objektif yang berasosiasi antara satu novel dengan novel yang lain. Pemilihan korelatif objektif oleh ZN merup.....
Thesis Published 2014 2066 hits Available
3
Abstract
This research aims to analyze the achievements of cooperative learning and individual learning based on the usage of multimedia. The quantitative approach is the methodology used for this research. Pre test and post test are used, involving the control group and treatment group. The pre test and post test data are done through percentage calculation. Results of research shows that the teaching and learning process delivered using mutilmedia materials; with a combination of texts, graphics, audio, videos, and animation through cooperative learning are able to improve the understanding of students with different learning abilities from 75% to 97%. In conclusion, cooperative learning; assisted by multimedia elements contributes to the achievement of students compared to individual learning. Using audio visual helps students to understand and master the lessons. In addition, the implication of the research shows that cooperative learning, assisted by multimedia elements consist of leadersh.....
Article Published 2019 1503 hits Available
4
Abstract
Pembinaan instrumen Pantun Berestetika (PB) merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan. Pembinaan PB diuji di sekolah untuk mendapatkan maklum balas guru dan murid terhadap penggunaannya. Kertas kerja ini memfokuskan maklum balas guru dan murid terhadap penggunaan instrumen pantun berestetika. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian lapangan dan analisis dokumen di empat buah sekolah. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru dan 60 orang murid di sekolah rendah. Pemilihan peserta kajian secara rawak mudah. Instrumen yang digunakan senarai semak pemerhatian, protokol temubual dan analisis dokumen. Lokasi kajian di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan. Dapatan kajian maklum balas guru menunjukkan penggunaan instrumen mempunyai keistimewaan dalam tiga aspek iaitu isi kandungan, kebolehgunaan dan kebolehpercayaan manakala maklum balas murid menda.....
Article Published 2019 1130 hits Available
5
Abstract
Instrumen Penyelidikan ialah alat kajian untuk mengukur yang direka untuk mendapatkan data mengenai topik yang menjadi minat subjek penyelidikan. Instrumen yang direka dalam kajian ini ialah instrumen Pantun Berestetika (PB) yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan juga dapat diaplikasikan di sekolah jenis kebangsaan. Pembinaan instrumen PB merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan. Definisi inovasi menurut Kementerian Pendidikan Malaysia..
Research Report Published 2018 975 hits Available
6
Abstract
Leadership communication is the delivery of information by leaders about the culture of an organization, core values, mission and important messages to build trust in a community. The culture of an organization found in Malay literary texts, whether modern or traditional, records events that display the relationship of leaders in society. An event was born as a result of communication between leaders and the community that became a channel for writing. Texts in Malay Literature, be it modern or traditional, record events that portray the artwork of the community. A particular event is manifested through communication between the people of the community, which in turn becomes the medium of written works. The text Nama Beta Sultan Alaudin is a modern text with a modern style of writing yet possesses a classic narrative which involves the narration of Sultan Alaudins leadership. This text records Sultan Alaudins narration of his childhood till his demise. The objective of this study is to.....
Article Published 2023 1291 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis emosi pemimpin dalam novel IMAM (1995) karya Abdullah Hussain berdasarkan teori kecerdasan emosi yang diperkenalkan oleh Daniel Goleman (1995). Novel ini menampilkan watak Haji Mihad, seorang imam yang menghadapi cabaran dalam menjalankan tanggungjawab agama di tengah-tengah perubahan sosial dan nilai masyarakat moden. Lima komponen utama kecerdasan emosi iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, kemahiran sosial dan empati menjadi kerangka analisis bagi kajian ini. Melalui pendekatan analisis teks, kajian ini mengkaji elemen-elemen kecerdasan emosi ini ditunjukkan oleh watak utama dalam menghadapi tekanan, menyelesaikan konflik dan membina hubungan dengan masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa Haji Mihad memiliki kecerdasan emosi yang tinggi terutama dalam aspek kesedaran diri, pengurusan diri dan empati, yang membantunya mengekalkan integriti sebagai seorang pemimpin agama. Walau bagaimanapun, kelemahan dalam kemahiran sosial dengan.....
Article Published 2024 393 hits Available
8
Abstract
Kajian ini membincangkan emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular dengan wanita bekerjaya berkeluarga. Terdapat empat buah novel popular yang menjadi bahan kajian iaitu novel 7 Hari Mencintaiku (Siti Rosmizah), Suri Hati Mr. Pilot (Dila Dyna), Adam dan Hawa (Aisya Sofea) dan Dekatnya Cinta (Aisya Sofea). Keempat-empat novel tersebut dipilih berdasarkan ciri-ciri popular iaitu mendapat permintaan yang tinggi dan telah diadaptasi ke dalam bentuk drama televisyen. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti emosi dan helah bela diri watak protagonis dalam novel popular, merumuskan emosi dan helah bela diri watak protagonis wanita yang terdapat dalam novel popular serta persamaan dan perbezaan dengan wanita dalam kehidupan sebenar. Akhirnya menjana model emosi wanita bekerjaya berkeluarga. Kajian ini menggunakan Teori Gabungan (Nordiana Hamzah), Teori Psikoanalisis (Sigmund Freud) dan Teori Rasa Fenomenologi (Sohaimi Abdul Aziz). Ketiga-tiga t.....
Thesis Published 2022 1194 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.