UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12 record(s) found

1
Abstract
Hiburan jalanan merupakan persembahan yang dilakukan di tempat-tempat awam. Kumpulan ini akan bermain muzik, menyanyi dan menari tanpa mengenakan sebarang bentuk bayaran. Mereka terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pandangan masyarakat terhadap seni persembahan penghibur jalanan di sekitar bandar Kuching, Sarawak. Kajian kuantitatif ini menggunakan analisa kekerapan sebagai instrumen asas dalam pengumpulan data. Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak di sekitar kawasan bandar Kuching. Walaupun majoriti responden berpendapat bahawa persembahan jalanan tidak dapat menyumbang kepada ekonomi negara, mereka mempunyai persepsi yang positif secara keseluruhannya...
Article Published 2016 2512 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan menjelaskan keunggulan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam 30 buah puisi tradisional Komponen Sastera (KOMSAS). Kumpulan teks KOMSAS yang terlibat dalam kajian ini ialah Kasut kelopak Jantung (Tingkatan Satu), Gema Sepi Gadis Genius (Tingkatan Dua), Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan Tiga ), Harga Remaja (Tingkatan Empat) dan Dirgahayu Bahasaku ( Tingkatan Lima). 30 buah puisi tradisional yang terlibat ialah 15 buah pantun, 11 buah syair, dua buah gurindam dan dua buah seloka. Kaedah kualitatif digunakan iaitu mengkaji teks-teks KOMSAS yang terlibat dengan mengaplikasikan teori Teksdealisme melalui prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Tiga objektif utama kajian; iaitu menilai keunggulan 15 unsur FPK yang terdapat dalam 30 buah puisi tradisional teks KOMSAS. Membuktikan wujudnya hubungan unsur-unsur pendidikan yang terdapat dalam FPK dengan Puisi Tradisonal Melayu KOMSAS dan menganalisis tahap kerelevanan 30 buah puisi tradisional M.....
Thesis Published 2015 2022 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini bagi menganalisis emosi pengarang, emosi karya dan emosi pembaca untuk mencapai kenikmatan sebagai pembaca (juga pengkaji) yang dapat mengesan rasa karya. Teks-teks yang dipilih sebagai data kajian merupakan novel-novel yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah Daun (1982), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988), Anugerah (1995), Hujan Sudah Teduh (2004), Haruman Kencana (2007) serta Bulan dan Mentari (2008). Dapatan kajian menunjukkan evolusi emosi novel ZN mempunyai korelatif objektif yang berasosiasi antara satu novel dengan novel yang lain. Pemilihan korelatif objektif oleh ZN merup.....
Thesis Published 2014 2065 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kepimpinan distributif guru besar wanita dengan komitmen guru di sekolah-sekolah rendah Wilayah Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan  instrumen Distributed Leadership Inventory (DLI) dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ).  Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai  301 orang guru daripada sembilan buah sekolah rendah yang telah dipilih. Data dianalisis dengan  menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian secara keseluruhan  menjelaskan hubungan amalan kepimpinan distributif guru besar wanita dan komitmen guru di Wilayah  Keramat adalah pada tahap lemah, r(301) = 0.340, p < 0.05. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat  perbezaan yang signifikan antara komitmen guru berdasarkan faktor jantina, t(301) = 1.693, p >  0.05, umur, F(3, 301) = 0.793, p = 0.499 dan tahap pendidikan, F(3, 301) = 2.613, p = 0.051. Walau  bagaimanap.....
Thesis Published 2018 2039 hits Available
6
Abstract
This research aims to analyze the achievements of cooperative learning and individual learning based on the usage of multimedia. The quantitative approach is the methodology used for this research. Pre test and post test are used, involving the control group and treatment group. The pre test and post test data are done through percentage calculation. Results of research shows that the teaching and learning process delivered using mutilmedia materials; with a combination of texts, graphics, audio, videos, and animation through cooperative learning are able to improve the understanding of students with different learning abilities from 75% to 97%. In conclusion, cooperative learning; assisted by multimedia elements contributes to the achievement of students compared to individual learning. Using audio visual helps students to understand and master the lessons. In addition, the implication of the research shows that cooperative learning, assisted by multimedia elements consist of leadersh.....
Article Published 2019 1502 hits Available
7
Abstract
Pembinaan instrumen Pantun Berestetika (PB) merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan. Pembinaan PB diuji di sekolah untuk mendapatkan maklum balas guru dan murid terhadap penggunaannya. Kertas kerja ini memfokuskan maklum balas guru dan murid terhadap penggunaan instrumen pantun berestetika. Reka bentuk kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian lapangan dan analisis dokumen di empat buah sekolah. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru dan 60 orang murid di sekolah rendah. Pemilihan peserta kajian secara rawak mudah. Instrumen yang digunakan senarai semak pemerhatian, protokol temubual dan analisis dokumen. Lokasi kajian di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan. Dapatan kajian maklum balas guru menunjukkan penggunaan instrumen mempunyai keistimewaan dalam tiga aspek iaitu isi kandungan, kebolehgunaan dan kebolehpercayaan manakala maklum balas murid menda.....
Article Published 2019 1129 hits Available
8
Abstract
Instrumen Penyelidikan ialah alat kajian untuk mengukur yang direka untuk mendapatkan data mengenai topik yang menjadi minat subjek penyelidikan. Instrumen yang direka dalam kajian ini ialah instrumen Pantun Berestetika (PB) yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan juga dapat diaplikasikan di sekolah jenis kebangsaan. Pembinaan instrumen PB merupakan satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan. Definisi inovasi menurut Kementerian Pendidikan Malaysia..
Research Report Published 2018 974 hits Available
9
Abstract
Leadership communication is the delivery of information by leaders about the culture of an organization, core values, mission and important messages to build trust in a community. The culture of an organization found in Malay literary texts, whether modern or traditional, records events that display the relationship of leaders in society. An event was born as a result of communication between leaders and the community that became a channel for writing. Texts in Malay Literature, be it modern or traditional, record events that portray the artwork of the community. A particular event is manifested through communication between the people of the community, which in turn becomes the medium of written works. The text Nama Beta Sultan Alaudin is a modern text with a modern style of writing yet possesses a classic narrative which involves the narration of Sultan Alaudins leadership. This text records Sultan Alaudins narration of his childhood till his demise. The objective of this study is to.....
Article Published 2023 1290 hits Available
10
Abstract
Kertas projek ini membincangkan Falsafah Pendidikan Negara dalam kata-kata adat. Kajian ini mengkaji hasil pengoperasian Falsafah Pendidikan negara membentuk insan baik yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, patuh serta percaya kepada Tuhan. Nilai-nilai ini dilihat di dalam kata-kata adat. Hasil dapatan dari kajian ini diharapkan dapat mempertingkat lagi mutu dan sistem Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu juga melalui kajian diharapkan dapat memberi ilmu pengetahuan tentang kata-kata adat. Dalam kajian ini, pengkaji akan menyelusuri nilai-nilai masyarakat bumi tanah beradat ini samada selari atau tidak dengan sistem aliran pengoperasian FPN supaya dapat mewujudkan masyarakat seperti yang disasarkan oleh FPN sendiri. Konsep asas yang terkandung dalam FPN ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia a.....
Thesis Published 2010 419 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.