AbstractKajian ini bertujuan menganalisis emosi pemimpin dalam novel IMAM (1995) karya Abdullah Hussain berdasarkan teori kecerdasan emosi yang diperkenalkan oleh Daniel Goleman (1995). Novel ini menampilkan watak Haji Mihad, seorang imam yang menghadapi cabaran dalam menjalankan tanggungjawab agama di tengah-tengah perubahan sosial dan nilai masyarakat moden. Lima komponen utama kecerdasan emosi iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, kemahiran sosial dan empati menjadi kerangka analisis bagi kajian ini. Melalui pendekatan analisis teks, kajian ini mengkaji elemen-elemen kecerdasan emosi ini ditunjukkan oleh watak utama dalam menghadapi tekanan, menyelesaikan konflik dan membina hubungan dengan masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa Haji Mihad memiliki kecerdasan emosi yang tinggi terutama dalam aspek kesedaran diri, pengurusan diri dan empati, yang membantunya mengekalkan integriti sebagai seorang pemimpin agama. Walau bagaimanapun, kelemahan dalam kemahiran sosial dengan.....