AbstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara stres, motivasi, konsep
kendiri dengan pencapaian akademik. Kajian ini turut mengukur tahap stres, motivasi, konsep
kendiri dan pencapaian akademik. Perbezaan min stres, motivasi, konsep kendiri dan
pencapaian akademik berdasarkan jantina dan jurusan turut diukur. Sumbangan stres,
motivasi dan konsep kendiri terhadap pencapaian akademik juga dikaji. Pendekatan kuantitatif
dengan rekabentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan
secara persampelan rawak berkelompok melibatkan 918 orang pelajar Kolej Matrikulasi di
lima buah Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Instrumen yang digunakan untuk mengukur stres
adalah Inventori Stres Berdasarkan CTRT (IS-CTRT), Work Preference Inventory (WPI)
untuk mengukur motivasi, konsep ken.....