UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan dan strategi yang digunakan dalam pembudayaan Biah Solehah dan hubungannya dengan penghayatan akhlak pelajar Tingkatan Empat SMKA di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori Ibn Khaldun untuk mengkaji strategi pelaksanaan Biah Solehah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pendekatan kualitatif. Seramai 886 orang pelajar tingkatan empat SMKA dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Manakala 5 orang guru SMKA dipilih secara rawak untuk ditemu bual secara separa berstruktur. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, min, sisihan piawai, Ujian t-Test, ANOVA, Korelasi Spearman dan Regrasi Linear Mudah. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan Biah Solehah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan strategi pelaksanaan Biah Solehah dengan strategi Ansyitah, Qudwah, Amali, Talqin dan Takrir pada tahap tinggi kecuali Taqlid pada tahap sederhana tinggi. Dap.....
Thesis Published 2015 2385 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam melaksanakan DLP (Dual Languange Programme) dalam kalangan guru-guru Sains. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif, menggunakan instrumen borang soal selidik bagi mendapatkan respon. Sampel seramai 103 guru Sains dipilih secara rawak dari sekolah-sekolah daerah Petaling Utama. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Secara deskriptif, data dianalisis menggunakan taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawaian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dari segi kemahiran (penguasaan bahasa Inggeris dan istilah Sains) terhadap pelaksanaan DLP adalah sederhana, tahap kesediaan guru Sains dari segi pengetahuan terhadap pelaksanaan DLP adalah tinggi dan tahap kesediaan minat terhadap pelaksanaan DLP adalah sederhana. Analisis inferensi berdasarkan analisis kolerasi yang telah dijalankan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara.....
Article Published 2018 1225 hits Available
5
Abstract
The study aims to build, and acquire content validity and reliability of Pre University Students Stress Inventory. The Pre University Students Stress Inventory’s questionnaires aim at measuring the stress that students at the Foundation Level, Matriculation, Form Six and Pre University students in all Public Universities and Private Institutions of Higher Learning Suffer. Its theoretical basic is based on the theory of Reality by William Glasser (1965). It contains 42 items divided into 5 subscales. These subscales are categorized as follows: subscale 1, the desire for survival, sub-scale 2, the sense of belonging, sub-scale 3 is the desire for power, sub-scale 4 is the desire for freedom and sub-scale 5 is the desire for pleasure. Pre-University Students Stress Inventory content validity was assessed by 7 experts consisting of five lectures and two counselors. The pilot study involved 50 subjects made up of students at a Matriculation College as samples to check for reliability and .....
Article Published 2017 682 hits Limited
6
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Talaqqi Musyafahah pengajaran Al Quran Kurikulum Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak, mengkaji tahap penguasaan bacaan Al Quran dan hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan penguasaan bacaan Al Quran pelajar SABK. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif melalui soal selidik dengan melibatkan 304 orang pelajar tingkatan empat SABK di negeri Perak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian windows SPSS versi 22.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Talaqqi Musyafahah berada pada tahap tinggi (min=4.15,sp.=0.65) dan penguasaan bacaan al Quran pelajar adalah tinggi (min=4.28,sp.=0.52). Kajian juga menunjukkan juga bahawa wujudnya hubungan yang sederhana tinggi (r=0.514, p..
Article Published 2019 2247 hits Available
7
Abstract
This study identifies the religious activities implemented in SABK as a medium for life-long learning and their impacts on students’ moral appreciation. This study involved 289 students from eight government-funded religious secondary schools in the State of Perak. The study adopts the quantitative method and the findings were analysed to obtain the frequency, percentage, mean and standard deviation. Moreover, the Pearson correlation test was used to examine the relationship between the variables. The study found the implementation of religious activities as a medium of lifelong learning is high (mean = 4.13, SP. = 0.48), while moral appreciation among students is at a moderate level (mean = 3.14, SP. = 0.35). The results show a significant relationship between religious activities conducted in schools with students' moral appreciation. Based on these findings, it is hoped that all parties can cooperate to support students’ spiritual and emotional growth through religious activitie.....
Article Published 2019 1377 hits Available
8
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  menganalisis  hubungan  antara  stres,  motivasi,  konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Kajian ini turut mengukur tahap stres, motivasi, konsep   kendiri  dan  pencapaian  akademik.  Perbezaan  min  stres,  motivasi,  konsep kendiri  dan   pencapaian  akademik  berdasarkan  jantina  dan  jurusan  turut  diukur. Sumbangan  stres,   motivasi  dan  konsep  kendiri  terhadap  pencapaian  akademik  juga dikaji. Pendekatan kuantitatif  dengan rekabentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Pemilihan   subjek   kajian   dijalankan    secara   persampelan    rawak   berkelompok melibatkan  918  orang  pelajar  Kolej  Matrikulasi  di   lima  buah  Kolej  Matrikulasi seluruh Malaysia. Instrumen yang digunakan untuk mengukur stres  adalah Inventori Stres   Berdasarkan   CTRT   (IS-CTRT),   Work   Preference   Inventory   (WPI)    untuk mengukur  motivasi,  konsep  ken.....
Thesis Published 2019 7689 hits Available
9
Abstract
Kajian yang dijalankan untuk mengetahui aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di SABK sebagai medium pembelajaran sepanjang hayat dan kesan terhadap penghayatan akhlak pelajar. Kajian ini melibatkan lapan buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan yang terpilih di negeri Perak. Kajian secara kuantitatif ini melibatkan 289 orang pelajar sebagai responden kajian. Hasil dapatan telah dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala ujian korelasi pearson digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati pelaksanaan aktiviti keagamaan sebagai medium pembelajaran sepanjang hayat adalah tinggi (min=4.13,sp.=0.48). Manakala dapatan inventori penghayatan pelajar berada pada tahap sederhana (min=3.14,sp.=0.35). Hasil kajian menunjukkan wujug hubungan yang signifikan antara aktiviti keagamaan yang dijalankan di sekolah dengan penghayatan akhlak pelajar. Disamping itu dapatan juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara.....
Research Report Published 2018 1321 hits Available
10
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Talaqqi Musyafahah pengajaran al-Quran Kurikulum Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak, mengenal pasti tahap pencapaian bacaan al-Quran dan hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan pencapaian bacaan al-Quran pelajar SABK. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif melalui soal selidik dengan melibatkan 304 orang pelajar tingkatan empat SABK di negeri Perak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Talaqqi Musyafahah berada pada tahap tinggi (min=4.15,sp.=0.65) dan pencapaian bacaan al-Quran pelajar adalah tinggi (min=4.28,sp.=0.52). Kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang sederhana tinggi (r=0.514,p..
Research Report Published 2018 1115 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.