UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Norliza Hamzah |
1 | 2022 thesis | Kesan pendidikan akhlak dan nilai terhadap pembentukan keperibadian murid di sekolah Norliza Hamzah Islam adalah agama yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan, adab dan
nilai-nilai mulia seperti yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam menekankan
pendidikan sebagai satu medium pengajaran, pembelajaran yang dapat memupuk unsur kerohanian
dalam jiwa seseorang supaya menjadi insan yang berperibadi mulia dan bertamadun. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap penghayatan dan kesan pendidikan Nilai dan
akhlak terhadap keperibadian murid di sekolah sekolah menengah di Daerah Temerloh. Bagi mendapatkan
maklumat, satu kajian tinjauan telah dijalankan di empat buah sekolah menengah Daerah Temerloh,
Pahang. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar sekolah-sekolah
tersebut. Sampel kajian ialah sebanyak 213 orang pelajar tingkatan empat yang telah memberi maklum
balas kepada soal selidik yang diedarkan. Seterusnya data yang diperoleh dianalisis secara
deskriptif dan inferensi menggun..... 1193 hits |
2 | 2021 article | Pendidikan nilai-nilai Islam dalam pembentukkan keperibadian murid Norliza Hamzah Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bidang Pendidikan Islam tentang Pendidikan Nilai-Nilai Islam dalam membentuk keperibadian murid di sekolah dengan menggunakan aplikasi kaedah Fuzzy Delphi. Kajian ini melibatkan 16 orang panel pakar yang dalam kalangan penyelia Pendidikan Islam, pentadbir sekolah dan Ketua Panitia. Analisis kaedah kajian Delphi menggunakan dua pusingan utama iaitu analisis kualitatif dan analisis kuantitatif. Kaedah Fuzzy Delphi dibina bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap itemitem soal selidik yang dibina menggunakan skala Likert 5 tahap penguat. Instrumen soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian yang merangkumi aspek pengurusan kendiri, aspek pengurusan tingkah laku dan aspek motivasi. Kesemua item yang dipersetujui oleh panel pakar ialah sebanyak 41 item. Dapatan kajian Delphi menunjukkan nilai skor Thershold (d) sebanyak 0.091 dengan peratusan kesepakatan kumpulan pakar Delphi 94.3%. Implikasi kajian ini menunjukkan kepent..... 234 hits |
3 | 2015 thesis | Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer Mohamad Mojahid A. Latif Kajian ini bertujuan untuk menganalisis data korpus berkomputer yang berfokuskan penyelidikan berkaitan golongan kata adverba dengan penumpuan kepada aspek penerang dan keterangan. Dalam reka bentuk kajian, disertasi ini menggunakan pendekatan data korpus berkomputer yang dibangunkan melalui perisian Antconc 3.2 berdasarkan tiga buah novel yang digunakan dalam bahan Komponen Kesusateraan Melayu (KOMSAS), iaitu novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan dan Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir. Data ini kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk baris-baris konkordans dan daripada baris konkordans ini, kehadiran kata adverba dalam bentuk sintaktik dianalisis secara manual. Dalam konteks ini, pengkaji melihat keperluan untuk meneliti golongan kata ini berdasarkan teori berasaskan struktural kerana golongan kata ini hanya dapat ditentukan apabila sudah berada dalam strukturnya. Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh Knowles dan Zura..... 1244 hits |