UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

18 record(s) found

1
Abstract
Kertas kerja ini adalah mengenai aspek pemaknaan kata nama dalam perkamusan Melayu, dengan tumpuan khusus terhadap pemaknaan kamus ekabahasa bahasa Melayu. Kata nama yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah seperangkat perkataan dalam kategori "bahagian" yang meliputi enam kata entri, iaitu iaitu bab, bahagian, fasal, hal, perkara dan surah.Aspek pemaknaan yang dibincangkan ialah aspek huraian definisi berdasarkan amalan pendefinisian Cobuild. Setiap kata entri yang dikaji dihuraikan maknanya berdasarkan analisis data korpus berkomputer. Amalan Cobuild diterapkan dalam kajian ini kerana amalan Cobuild bukan sekadar mendefinisikan sesuatu kata entri tetapi pendefinisian yang diberikan adalah dalam bentuk penggunaan bahasa sebenar dalam situasi sebenar. Bentuk pendefinisian seperti ini berjaya menjelaskan bentuk tipikal sesuatu kata berbanding amalan pendefinisian sebelum ini...
Article Published 2016 853 hits Available
2
Abstract
Makalah ini bertujuan menjelaskan kata sifat (kata adjektif) bahasa Melayu yang berfungsi sebagai penerang kata kerja. Berdasarkan teori golongan kata, khususnya bahasa Inggeris, kata yang menerangkan kata kerja ialah kata adverba, iaitu adverba cara. Hal yang sama berlaku terhadap golongan kata bahasa Melayu, iaitu tanggapan bahawa kata sifat yang menjadi unsur pengisi bagi gatra selepas gatra kerja ialah kata adverba atau kata keterangan dan bukan kata sifat. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, golongan kata yang dimuatkan dalam gatra penerang kata kerja dianggap sebagai kata sifat dan bukan kata adverba. Terdapat empat sebab mengapa kata sifat ini tidak dianggap sebagai kata adverba, pertama, tiadanya perubahan dalam morfologi; kedua, kata sifat masih mengekalkan posisi yang sama, iaitu dalam posisi penerang; ketiga, wujudnya perbezaan antara gatra dan unsur pengisi, manakala yang terakhir golongan kata bagi sesuatu bahasa tidak boleh diterjemahkan, melainkan perkataan sahaja. Ber.....
Article Published 2012 1712 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pemahaman guru terhadap program Super VAKS dengan sikap murid. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 32 orang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani bagi daerah Sabak Bemam. Pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan digunakan bagi kajian ini. lnstrumen soal selidik yang mengandungi item demografi, kefahaman guru dan sikap murid digunakan. Dalam kajian ini data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang menjelaskan tahap kefahaman guru dan korelasi Pearson untuk menentukan hubungan di antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati purata min bagi kefahaman guru berada pada tahap tinggi dan ini menunjukkan bahawa majoriti guru faham tentang pelaksanaan program Super YAKS. Hubungan antara pemahaman guru terhadap program Super VAKS dengan sikap murid didapati berada pada tahap lemah dan negatif tetapi signifikan. Kesimpulannya, program Super VAKS boleh dijadikan amalan terbaik sekolah.....
Thesis Published 2017 830 hits Available
6
Abstract
This study aimed to identify the importance of interpersonal relationship skills that need to be addressed for the development of education and the effectiveness in teaching. The need of interpersonal relationships that emphasized on the social and emotional development of students have also become the focus of the study. The role of interpersonal communication skills is seen from the teachers’ ability to master various forms of skills which includes speaking skills, classroom control, teaching techniques and the use of effective communication. This qualitative case studies are based on detailed information from five excellent teachers obtained through in-depth interviews and observation. The information was analysed in an interpretive and descriptive approach based on the themes that appeared and triangulation data techniques is done to determine the validity and reliability of the results. The study found interpersonal relationships skills played an important role in creating attra.....
Article Published 2017 1046 hits Limited
7
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau motif penglibatan dan amalan gaya hidup sihat serta hubungannya terhadap Indeks Jisim Tubuh (IJT) dan personaliti. Reka bentuk tinjauan digunakan dalam  kajian ini. Sampel kajian ialah 364 orang pelajar sekolah menengah daerah Rompin, Pahang iaitu 182  orang aktif sukan dan 182 orang aktif rekreasi. Sampel kajian dipilih menggunakan persampelan rawak  dua peringkat. Soal selidik Assessing Your Wellness, Motives For Physical Activities  Measure-Revised (MPAM-R) dan The Glazer-Stress Control Lifestyle digunakan untuk mengukur amalan  gaya hidup sihat, motif penglibatan dan personaliti. Omron Karada Scan Body Composition-HBF 358 dan  Portable Height Measure digunakan untuk mengukur IJT. Data dianalisis menggunakan statistik  deskriptif dan analisis inferensi iaitu Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua  kumpulan pelajar memilih keseronokan sebagai motif utama penglibatan dalam aktiviti fizikal. Dari  aspek amalan gaya hidup .....
Thesis Published 2018 4364 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan platform persekitaran pembelajaran maya atau  Virtual  Learning  Enviroment  (VLE)  Frog  dalam  kalangan  guru  di  sekolah rendah.     Kajian  ini  mengukur  tahap  kegunaan,  pengetahuan,  minat  dan  kesediaan sumber  terhadap   penggunaan  platform  VLE  Frog  di  sekolah  rendah.    Pendekatan kuantitatif  berbentuk   tinjauan  digunakan  dalam  kajian  ini.    Kajian  melibatkan  260 orang  guru  Bahasa  Melayu  di   26  buah  sekolah  rendah  di  Shah  Alam,  Selangor. Dalam  kajian  ini,  instrumen  soal   selidik  dengan  empat  skala  likert  digunakan  bagi tujuan pengumpulan data.  Statistik  deskriptif digunakan  seperti min, sisihan piawai, kekerapan   dan   peratusan.   Pengujian   bagi    hipotesis   kajian   dilaksanakan   dengan menggunakan   korelasi   pearson.   Analisis    deskriptif   mendapati   tahap   kegunaan .....
Thesis Published 2019 1922 hits Available
9
Abstract
Politeness of expression and character education are both crucial aspects and related to Indonesian education. In the context of communication where the advancement of the internet and technology has now made communication without limit, a new problem arises. The social media, e.g. Instagram, gives space to their users to be more open in expressing his ideas and political opinions. This study aims to identify the forms of positive politeness acts of followers' comments on President Jokowi's official Instagram account and describe the intent of politico pragmatic power of positive politeness of followers of Jokowi's Instagram accounts. The data source of this study was the speech of followers on the official Instagram account of Indonesian President Jokowi #MenujuIndonesiaMaju managed by the President's Digital Communication Team for the period October-November 2018. The study data were in the form of comments from Jokowi's Instagram account followers who had positive politico pragmatic.....
Article Published 2019 1803 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan membangun dan menguji kebolehgunaan Splash Boom Kit, (SBK). SBK ialah kit yang terdiri daripada perkakasan set eksperimen fizik yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula berkos rendah yang mudah didapati di persekitaran serta dilengkapi dengan sebuah modul aktiviti bagi menjalankan eksperimen daya apungan. Reka bentuk Kajian Pembangunan berpandukan Model ADDIE digunakan dalam kajian ini. Populasi adalah pelajar tingkatan empat dan 92 sampel terpilih melalui teknik sampel rawak bertujuan terhadap pelajar tingkatan 4. Keputusan kajian menunjukkan bahawa berdasarkan persetujuan 3 orang pakar, SBK mempunyai kesahan yang sangat baik (CVI 0.95). Di samping itu, peratus persetujuan skala Likert 5 yang dinilai juga menunjukkan keputusan tahap kebolehgunaan SBK adalah tinggi berdasarkan dua konstruk iaitu kebolehgunaan set perkakasan (91.4%) (92.1%), kebolehgunaan modul aktiviti (93.6%). Nilai pekali Alpha Cronbach yang diperolehi pula adalah 0.949 bagi per.....
Thesis Published 2022 2298 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.