AbstractKajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi iaitu Nutri-Score dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membanding dan membeza serta kemahiran menyelesaikan masalah. Koswer multimedia interaktif ini telah dibangunkan berdasarkan dapatan analisis keperluan kajian terhadap topik-topik Biologi Tingkatan Empat yang dianggap sukar dengan menggunakan Model Alessi dan Trollip. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi. Kaedah persampelan kelompok empat tahap digunakan untuk menentukan negeri-negeri di zon utara, daerah, sekolah dan pelajar. Seramai 181 orang responden tingkatan empat telah dipilih dari empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu masing-masing dua buah dari Kedah dan Pulau Pinang. Responden kumpulan rawatan (n=90) dan kumpulan kawalan (n=91) diagihkan kepada kumpulan prestasi tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan ta.....