AbstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kit inovasi LiOpKit Projektor bagi topik Cahaya dan Optik terhadap kefahaman melukis gambar rajah sinar pelajar Fizik tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen dengan pendekatan kuantitatif. Teknik persampelan mudah dan bertujuan dilaksanakan untuk memilih 17 orang responden. Instrumen kajian ini adalah borang kesahan pakar, soalan ujian pra dan pasca dan soal selidik kebolehgunaan LiOpKit Projektor. Perisian Statistical Packages for Social Science Version 27 (SPSS) digunakan untuk menganalisis nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach, Ujian-t serta skor min dan sisihan piawai bagi soal selidik kebolehgunaan. Kaedah peratusan persetujuan digunakan untuk menganalisis kesahan pakar. Manakala analisis Ujian-t digunakan untuk menganalisis soalan ujian pra dan pasca Hasil dapatan kajian mendapati nilai purata dari tiga orangĀ pakar untuk kesahan muka bagi kit dan instrumen adalah masing-masing sebanyak 90.28% dan 100% mana.....