UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

Simplified search suggestions : Nur Amira Mohd
1
Abstract
Jawi merupakan tulisan arab yang telah diajar dan diamalkan oleh masyarakat Islam sejak berkurun lamanya dan ia mula diajar dan dididik kepada kanak – kanak diwaktu usia mereka masih kecil lagi. Bermula usia kanak – kanak ini memasuki umur 7 tahun, pembelajaran Jawi ini telah diwajibkan kepada mereka kerana telah terdapat di dalam silibus sekolah rendah. Oleh itu, satu aplikasi berkenaan dengan pembelajaran Jawi dan satu penyelidikan berkenaan aplikasi pembelajaran Jawi bagi memperkasakan Jawi di kalangan murid tahun 1 ini akan dijalankan. Tujuan penyelidikan adalah bagi memastikan semua murid tahun 1 ini mengetahui tentang asas Jawi yang berkaitan dengan pengenalan huruf dan juga sebutan huruf Jawi dengan betul. Oleh hal demikian, tujuan utama pembangunan aplikasi yang bakal dibangunkan ini adalah bagi meningkatkan tahap kelancaran bacaan Jawi bagi murid tahun 1. Selain itu, ianya juga bagi memberi satu alternatif kepada murid-murid tahun 1 mengenal huruf dan sebutan Jawi dengan l.....
Final Year Project Published 2023 2337 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk menghuraikan fungsi pendidikan estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih serta menganalisis aspek naluri yang terdapat dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih berdasarkan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah kajian teks ini menganalisis sebanyak 11 karya yang terkumpul dalam buku Antologi Kuingin Berterima Kasih dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam penciptaan sesebuah karya. Terdapat tujuh naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil kajian yang dijalankan terhadap fungsi Pendidikan Estetika dalam penciptaan karya berdasarkan buku Antologi Kuingin Berterima Kasih mend.....
Article Published 2024 195 hits Available
3
Abstract
This study is to establish a Polymerase Chain Reaction-Restriction Fragment Length Polymorphism (PCR-RFLP) method and diagnostic PCR based on nuclear DNA internal transcribed spacer 2 (ITS2) for E. longifolia, L. pumila, and O. stamineus. PCRRFLP was then used to validate the species identification for herbal products. The PCRRFLP was developed for rapid identification using restriction enzymes TaqI, BamHI, HinfI, EcoRI, EcoRV, Mbol, and Mspl. The ITS2 sequences were identified and compared between plant specimens of E. longifolia, L. pumila, and O. stamineus with 106 samples of commercial herbal products. As a result, plant specimens of E. longifolia, L. pumila, and O. stamineus were successfully identified with high similarity of 100%, 100%, and 99.33%, respectively, based on the National Center for Biotechnology Information (NCBI) GenBank. The recovery of DNA sequences from the herbal products was 60.4%, of which 81.97% were identified, and 18.03% showed no sequence through Basic Lo.....
Thesis Published 2024 693 hits Available
4
Abstract
Kepentingan melahirkan modal insan dalam kerangka dan dasar pendidikan negara bukanlah suatu isu yang baharu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sendiri dengan jelas menggariskan hala tuju pendidikan negara iaitu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Falsafah ini menjadi asas utama dalam menjayakan cita-cita dan hasrat negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bernilai tinggi. Sehubungan dengan itu, sewajarnya kurikulum yang dirancang dan dibina untuk subjek Bahasa Melayu termasuk Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) dapat memenuhi cita-cita dan hasrat berkenaan. Justeru, kajian ini ingin menganalisis pembinaan modal insan dalam novel Kembara Amira karya Amir Hmzah L. Kadir yang merupakan salah sebuah novel Komsas untuk Tingkatan Lima Zon Utara. Sebagai landasan dalam menganalisis novel ini,.....
Article Published 2013 7 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis data korpus berkomputer yang berfokuskan penyelidikan berkaitan golongan kata adverba dengan penumpuan kepada aspek penerang dan keterangan. Dalam reka bentuk kajian, disertasi ini menggunakan pendekatan data korpus berkomputer yang dibangunkan melalui perisian Antconc 3.2 berdasarkan tiga buah novel yang digunakan dalam bahan Komponen Kesusateraan Melayu (KOMSAS), iaitu novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan dan Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir. Data ini kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk baris-baris konkordans dan daripada baris konkordans ini, kehadiran kata adverba dalam bentuk sintaktik dianalisis secara manual. Dalam konteks ini, pengkaji melihat keperluan untuk meneliti golongan kata ini berdasarkan teori berasaskan struktural kerana golongan kata ini hanya dapat ditentukan apabila sudah berada dalam strukturnya. Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh Knowles dan Zura.....
Thesis Published 2015 2699 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.