AbstractKajian ini bertujuan untuk membina reka bentuk aktiviti bermain berdasarkan emosi
dan imaginasi untuk peningkatan daya imaginasi-kreatif murid Tahap Satu. Teori- teori
utama yang digunakan dalam kajian ini adalah teori kontruktivisme Vygotsky yang menekankan
serta menggalakkan pemikiran kreatif melalui penyediaan aktiviti- aktiviti yang menyeronokkan
dan interaksi sosial. Teori pembelajaran imaginatif Kieran Egan menekankan kepada
imaginasi yang bergantung kepada alat pembelajaran yang digunakan ketika PdPc. Kajian
ini menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah analisis meta, temu bual dan kaedah Fuzzy Delphi.
Kaedah analisis meta dijalankan untuk mengumpul dan menyenaraikan aktiviti bermain yang
bersumberkan kepada dapatan kajian lepas melalui pelbagai sumber seperti jurnal dan
artikel. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik.....