UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

9 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan, nilai, motivasi dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru sains. Kajian juga ingin mengkaji hubungan antara pengetahuan, nilai dan motivasi dengan amalan kelestarian alam sekitar. Seterusnya, peramal utama kepada amalan kelestarian alam sekitar ditentukan. Kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan sampel kajian 222 orang bakal guru daripada sebuah universiti awam yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Pengumpulan data dilakukan menggunakan instrumen kajian yang mengandungi ujian pengetahuan kelestarian alam sekitar dan soal selidik berskala Likert lima mata bagi konstruk nilai alam sekitar, motivasi alam sekitar dan amalan kelestarian alam sekitar. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan bagi menjawab semua soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan bakal guru sains adalah sederhana. Bakal g.....
Thesis Published 2017 2635 hits Available
2
Abstract
Aplikasi mudah alih JomKira merupakan aplikasi yang berfokuskan kepada topik Perwakilan Data. Aplikasi ini berfungsi sebagai kalkulator penukaran dan nota ringkas yang  dikhaskan kepada pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Asas Sains Komputer. Objektif utama  penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan rekabentuk aplikasi JomKira dan  seterusnya membangunkan aplikasi JomKira. Metodologi pembangunan yang digunakan adalah adalah  berasaskan model Air Terjun kerana fasa-fasanya yang sistematik dan teratur. Pengujian aplikasi  dilakukan terhadap pelajar sekolah menengah yang berkaitan melalui pengedaran borang soal selidik  secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi JomKira ini adalah mesra pengguna dan mencapai objektif pembangunan yang telah dinyatakan.  ..
Final Year Project Published 2019 3343 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan bahan bantu mengajar iaitu permainan JUQUANJI bagi subtopik Teori Kuantum Cahaya tingkatan lima dan menilai tahap kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian berdasarkan Model ADDIE. Permainan JUQUANJI ini merupakan satu permainan yang telah diadaptasi dari permainan papan JUMANJI. Kaedah pensampelan yang digunakan untuk menguji tahap kebolehgunaan permainan JUQUANJI adalah berdasarkan teknik pensampelan secara rawak mudah yang terdiri daripada 32 orang guru pelatih fizik dari semester 7 dan 8. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Data bagi soal selidik kebolehgunaan telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai (s.p). Hasil dapatan kajian, setiap kesa.....
Final Year Project Published 2021 7429 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina reka bentuk aktiviti bermain berdasarkan emosi dan  imaginasi  untuk  peningkatan  daya  imaginasi-kreatif  murid  Tahap  Satu.  Teori- teori   utama  yang  digunakan  dalam  kajian  ini  adalah  teori  kontruktivisme  Vygotsky yang menekankan  serta menggalakkan pemikiran kreatif melalui penyediaan aktiviti- aktiviti  yang  menyeronokkan   dan  interaksi  sosial.  Teori  pembelajaran  imaginatif Kieran    Egan    menekankan    kepada     imaginasi    yang    bergantung    kepada    alat pembelajaran yang digunakan ketika PdPc. Kajian  ini menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah  analisis  meta,  temu  bual  dan  kaedah  Fuzzy  Delphi.   Kaedah  analisis  meta dijalankan untuk mengumpul dan menyenaraikan aktiviti bermain yang  bersumberkan kepada  dapatan  kajian  lepas  melalui  pelbagai  sumber  seperti  jurnal  dan   artikel. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik.....
Thesis Published 2020 2192 hits Available
5
Abstract
Aplikasi mudah alih JomKira merupakan aplikasi yang berfokuskan kepada topik Perwakilan Data. Aplikasi ini berfungsi sebagai kalkulator penukaran dan nota ringkas yang dikhaskan kepada pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Asas Sains Komputer. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan rekabentuk aplikasi JomKira dan seterusnya membangunkan aplikasi JomKira. Metodologi pembangunan yang digunakan adalah adalah berasaskan model Air Terjun kerana fasa-fasanya yang sistematik dan teratur. Pengujian aplikasi dilakukan terhadap pelajar sekolah menengah yang berkaitan melalui pengedaran borang soal selidik secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi JomKira ini adalah mesra pengguna dan mencapai objektif pembangunan yang telah dinyatakan...
Final Year Project Published 2019 1669 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), persepsi pelajar terhadap penilaian yang dilaksanakan dan keberkesanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang, Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 18 responden Tingkatan 4. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawaian. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya pelajar dinilai melalui empat kaedah iaitu ujian semasa tasmik (min=3.83, sp=0.5990), semakan pengekalan juzuk lama (min=3.50, sp=0.666) ujian bagi hafazan lama (min=3.30, sp=0.347) dan peperiksaan rasmi (min=3.60, sp=0.569) berada pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap pentaksiran .....
Final Year Project Published 2023 3743 hits Available
7
Abstract
Aplikasi visual montaj merupakan salah satu media yang berbentuk video boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Hal ini kerana terdapat lima unsur seni dalam visual montaj yang boleh menarik fokus para murid untuk belajar. Antara lima unsur seni yang terlibat ialah garisan, rupa bentuk, jalinan, ruang dan warna. Bahan bantu mengajar juga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, elektronik dan bahan bercorak pengalaman atau bahan sebenar. Dunia pada masa kini berkembang pesat seiring perkembangan teknologi yang memerlukan seorang guru berfikir secara kreatif dan inovatif. Bagi menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif haruslah mempunyai persediaan dalam pelbagai aspek seperti kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mengaitkan kes.....
Article Published 2024 370 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap kemahiran, kepentingan dan kekangan yang dihadapi dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan multimedia dalam subjek Sains. Pendekatan kajian secara kuantitatif dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada 70 orang guru sains sekolah menengah di daerah Perak Tengah yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak kelompok. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 36 item dan menggunakan skala Likert lima mata bagi menilai tahap kemahiran, kepentingan dan kekangan yang dihadapi oleh guru. Hasil kajian menunjukkan nilai min bagi konstruk kemahiran adalah 4.16 (SP = 0.46), kepentingan adalah 4.34 (SP = 0.47) dan kekangan adalah 3.11 (SP = 0.72). Kesimpulannya, tahap kemahiran menggunakan ABM berasaskan multimedia semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru-guru sains sekolah menengah di daerah Perak Tengah ada.....
Final Year Project Published 2025 865 hits Available
9
Abstract
Kajian ini merangka garis panduan pembangunan program permainan teater berasaskan konsep escape room sebagai medium kreatif bagi memupuk semangat patriotisme melalui pendekatan seni persembahan. Penurunan kesedaran terhadap nilai patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya disebabkan kurangnya pengalaman langsung serta jurang pengetahuan terhadap sejarah, identiti nasional, dan peranan individu dalam masyarakat, menjadi antara pendorong utama kepada inisiatif ini. Selain itu, pengaruh budaya luar turut menyumbang kepada penghakisan nilai tempatan yang berkait dengan patriotisme. Kajian ini tertumpu kepada khalayak Malaysia berumur 17 tahun ke atas, melibatkan konteks produksi seni persembahan serta institusi yang mendukung agenda perpaduan nasional. Pendekatan penyelidikan adalah kualitatif, berasaskan kerangka teori Viola Spolin melalui Teori Permainan, dan mengaplikasikan lima pendekatan penciptaan utama: naratif imersif (immersive storytelling), reka bentuk ruang (spatia.....
Thesis Published 2025 134 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.