AbstractDisertasi ini merupakan kajian terhadap pidato Sukarno semasa hari ulang tahun
kemerdekaan Indonesia pada tempoh 1962-1966. Matlamat utama disertasi ini dilakukan
bagi mengkaji ideologi pemikiran Sukarno dalam setiap ucapan hari ulang tahun
kemerdekaan Indonesia oleh beliau yang menjadi titik tolak dasar luar Indonesia,
membincangkan kesan ucapan hari ulang tahun kemerdekaan Indonesia oleh Sukarno
kepada dasar luar Indonesia dan menilai perlaksananaan revolusi Indonesia hasil dari
pemikiran Sukarno. Metodologi kajian yang digunakan ialah reka bentuk penyelidikan
secara kualitatif. Data diperoleh melalui analisis dokumen yang dapat menerangkan
proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Kajian sejarah adalah kajian yang
dijalankan untuk menganalisis dokumen seperti surat-menyurat, minit mesyuarat, fail
kerajaan, teks dalam majalah dan sebagainya yang diperolehi daripada Arkib Negara
Malaysia. Kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia sepertidi
.....