AbstractTadika merupakan institusi pendidikan awal yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Pendidikan awal di tadika merupakan platform utama untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak bagi membolehkan mereka meneroka, memahami dan mengenali dunia dengan mengaplikasikan kaedah bermain sambil belajar. Faktor persekitaran pembelajaran luar kelas yang kondusif dari aspek fungsi, landskap serta sistem permainan yang interaktif turut menyumbang kepada perkembangan psikomotor kanak-kanak. Namun begitu, pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di persekitaran luar kelas kurang dilaksanakan oleh guru-guru tadika atas faktor keselamatan, kekurangan fasiliti serta reka bentuk persekitaran luar kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor persekitaran pembelajaran persekitaran luar kelas yang mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Untuk mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif menggunakan pendekatan kaji.....