|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nur Farhani Mohamad Yani |
| 1 | 2024 Final Year Project | Pelestarian makanan warisan 'Nasi Lemak' melalui teknik ilustrasi 2D menggunakan Augmented Reality (AR) Nur Farhani Mohamad Yani Kajian ini bertujuan bagi mengkaji pelestarian makanan warisan iaitu _Nasi Lemak_ sebagai salah satu hidangan ikonik rakyat di Malaysia. Secara tradisinya, _Nasi Lemak_ merupakan makanan tradisi yang dibungkus dengan daun pisang dan hanya disajikan bersama hirisan timun, ikan bilis, kacang goreng, telur rebus dan sambal. Oleh itu, kajian ini dikaji bagi memelihara makanan warisan daripada terus dilupakan oleh generasi muda disebabkan oleh variasi dan pengolahan makanan warisan. Olahan dan variasi makanan warisan ini menyebabkan hilangnya tradisi dan cita rasa asli _Nasi Lemak_ itu sendiri. "Nasi lahhh Mak" merupakan sebuah karya infografik yang diintegrasikan dengan pendekatan teknik ilustrasi 2D menggunakan Augmented Reality (AR) yang memberikan pengalaman visual kepada pengunjung. Infografik merujuk kepada representasi visual maklumat yang menggabungkan teks, grafik dan elemen visual yang mudah difahami. Penghasilan karya ini menggunakan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer,..... 2 hits |