|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Nur Hanani Zakaria |
| 1 | Article | Peramalan siri masa aras sungai empangan di Selangor menggunakan pendekatan kalut dan kaedah penghampiran linear setempat Nur Hanani Zakaria Peningkatan permintaan sumber air selari dengan peningkatan jumlah penduduk terutamanya di kawasan bandar. Hal ini menunjukkan terdapat keperluan bagi meramal aras air sungai supaya air yang mencukupi dapat disalurkan ke empangan utama bagi memenuhi permintaan penduduk. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk membina model peramalan dengan menggunakan pendekatan kalut terhadap data siri masa aras air Sungai Klang yang terletak di kawasan bandar. Peramalan berasaskan pendekatan kalut dibahagikan kepada dua fasa iaitu pengesanan telatah kalut dan proses peramalan. Pengesanan telatah kalut dilaksanakan dengan menggunakan kaedah ujian 0 – 1. Manakala, peramalan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penghampiran linear setempat (KPLS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa data siri masa aras air di Sungai Klang adalah bertelatah kalut dengan menggunakan kaedah ujian 0 – 1. Seterusnya, peramalan dengan menggunakan KPLS menunjukkan bahawa peramalan yang dilaksanakan adalah bagus kerana hasil pe..... 610 hits |
| 2 | 2024 Thesis | Permodelan Matematik menggunakan pendekatan kalut terhadap aras air Sungai Klang dan Sungai Langat, Selangor Nur Hanani Zakaria Kajian ini bertujuan untuk membina model matematik menggunakan pendekatan kalut terhadap aras sungai. Permodelan matematik aras air sungai adalah penting bagi memberi isyarat awal jika berlaku kekurangan air di Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi di Malaysia. Selain itu, peramalan air sungai juga penting dalam meningkatkan pengurusan sumber air di Selangor. Kajian ini dijalankan bagi mengesan kehadiran telatah kalut dan meramal data aras air sungai di Selangor dengan menggunakan pendekatan kalut. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu (i) mengesan kehadiran telatah kalut bagi aras air sungai (ii) meramal aras air sungai menggunakan pendekatan kalut dan (iii) menambahbaik kaedah peramalan penghampiran purata setempat (KPPS) bagi peramalan data siri masa aras air sungai. Kawasan kajian merupakan sungai yang mengalir ke empangan di Selangor dan diperincikan kepada dua iaitu Sungai Klang dan Sungai Langat. Data yang digunakan di dalam kajian ini melibatkan dua skala masa i..... 45 hits |