UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

11 record(s) found

1
Abstract
Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam novel, iaitu penggantian perkataan yang dianggap tabu atau kasar. Novel bertajuk Papa digunakan di sekolah-sekolah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, manakala novel Azfa Hanani pula digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan dua kaedah untuk memperoleh data, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan novel Azfa Hanani menggunakan sebanyak 36 unsur eufemisme atau sebanyak 57.1 peratus. Novel Papa menggunakan 27 unsur eufemisme, iaitu sebanyak 42.9 peratus. Berdasarkan unsur eufemisme tersebut, didapati sebanyak 11 unsur dalam dialog yang terdapat dalam novel Papa dan novel Azfa Hanani mengandungi enam unsur dalam dialog yang menepati Maksim Santun Leech (1993). Penggunaan unsur eufemisme perlu lebih diberi perhatian oleh guru, pelajar dan penulis kerana unsur eufemisme merupakan bahasa sopan yang bersesuai.....
Article Published 2011 2032 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan peranan agen pedagogi terhadap tahap kefahaman dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Elektrokimia. Reka bentuk kajian ialah reka bentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak setara terdiri daripada dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan mengikuti pembelajaran Elektrokimia bersama Prof T (agen pedagogi pakar) dan Lisa (agen pedagogi teman belajar). Kumpulan kawalan pula mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan guru Kimia dengan menggunakan bahan yang sama dalam modul. Sampel kajian ini terdiri daripada 74 orang pelajar di sebuah sekolah menengah sains dalam daerah Pasir Puteh. Empat instrumen kajian digunakan iaitu ujian pencapaian Elektrokimia pra dan pasca, Interactive Multimedia Module with Pedagogical Agent, EC Lab (IMMPA EC Lab), soal selidik tahap motivasi dan soal selidik persona agen pedagogi. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif dan inferensi yang meliputi analisis ANOVA satu .....
Thesis Published 2016 1860 hits Available
3
Abstract
Our study empirically investigates the relationship between managerial ownership and company performance of public listed companies in Malaysia. Three years panel data of 730 Malaysian public listed companies were examined. Our findings demonstrated that managerial ownership had negative and significant relationship with Tobin’s Q and share price. Therefore, the involvement of management in monitoring and controlling activities fail to reduce agency conflict in the emerging economy. This study is perhaps the first that explain the extended agency theory in developing country..
Article Published 2014 1880 hits Available
4
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  membangunkan  koswer  pembelajaran,  LinProT  bagi  kursus Kaedah     Pengoptimuman    (KP)    sebagai    bahan    bantu    belajar    dan    menilai kebolehlaksanaannya   terhadap  pelajar.  Kaedah  yang  digunakan  ialah    reka  bentuk produk  dan  pembangunan   menggunakan  model  ADDIE.  Koswer  LinProT  yang dibangunkan    merangkumi    pakej    elemen     multimedia;    gambar    yang    diimbas menggunakan aplikasi  QR Code dan penggunaan  aplikasi   Augmented Reality dalam video-video      tutorial      berkaitan      dengan      KP.      Koswer       LinProT      diuji kebolehlaksanaannya  melalui  instrumen  soal  selidik  terhadap  65  orang  pelajar  yang dipilih   secara   rawak   daripada   sebuah   universiti   awam.   Data   soal    selidik   telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0. Analisis kajian menunjukkan respond.....
Thesis Published 2020 2044 hits Available
5
Abstract
Peningkatan permintaan sumber air selari dengan peningkatan jumlah penduduk terutamanya di kawasan bandar. Hal ini menunjukkan terdapat keperluan bagi meramal aras air sungai supaya air yang mencukupi dapat disalurkan ke empangan utama bagi memenuhi permintaan penduduk. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk membina model peramalan dengan menggunakan pendekatan kalut terhadap data siri masa aras air Sungai Klang yang terletak di kawasan bandar. Peramalan berasaskan pendekatan kalut dibahagikan kepada dua fasa iaitu pengesanan telatah kalut dan proses peramalan. Pengesanan telatah kalut dilaksanakan dengan menggunakan kaedah ujian 0 – 1. Manakala, peramalan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penghampiran linear setempat (KPLS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa data siri masa aras air di Sungai Klang adalah bertelatah kalut dengan menggunakan kaedah ujian 0 – 1. Seterusnya, peramalan dengan menggunakan KPLS menunjukkan bahawa peramalan yang dilaksanakan adalah bagus kerana hasil pe.....
Article 860 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk 1) mengenal pasti permasalahan kemahiran bertutur aspek bersoal jawab yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu 2) melihat perbezaan pencapaian min yang signifikan dalam kemahiran bertutur aspek bersoal jawab antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan melalui Teknik Cerita Rakyat Digital dan 3) mengkaji perbezaan pencapaian min murid yang signifikan berdasarkan latar belakang sosial dalam kemahiran bertutur aspek bersoal jawab. Reka bentuk kajian kuantitatif digunakan iaitu kuasi-eksperimental. Pengumpulan data dilaksanakan melalui soal selidik dan ujian perbandingan pencapaian pra dan pasca secara hibrid iaitu campuran kaedah bersemuka dan di dalam talian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif ialah statistik min skor dan nilai kekerapan manakala statistik inferensi ialah ujian-t. Kedua statistik ini dioperasi menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Seramai (n=61) sampel dilibatkan iaitu (n=30) bagi .....
Thesis Published 2023 7676 hits Available
7
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang sejarah perkembangan tanaman kelapa di Jajahan Tumpat, Kelantan 1970-1980-an. Ia menggambarkan tentang latar belakang tanaman kelapa di Jajahan Tumpat sepanjang tempoh berkenaan di mana tanaman kelapa sedang mengalami krisis ekoran kejatuhan harga kelapa di pasaran. Artikel ini turut merungkai perkembangan sepanjang tempoh berkenaan dengan berpandukan kepada maklumat yang diperolehi daripada sumber primer dan sumber sekunder. Antara dokumen primer yang dirujuk adalah dokumen dan laporan rasmi kerajaan mengenai pertanian di Kelantan sepanjang tempoh kajian. Selain daripada perkembangan yang terjadi dalam penanaman kelapa sepanjang 1970-1980an, kajian ini turut memfokuskan kepada usaha membangunkan semula tanaman kelapa di Jajahan Tumpat yang melibatkan agensi kerajaan yang bertanggungjawab kepada pertanian. Kajian mendapati bahawa, pengusaha kelapa di Jajahan Tumpat melalui tempoh yang penuh cabaran pada tahun 1970-1980-an kerana kemelesetan harga kelapa.....
Article Published 2023 426 hits Available
8
Abstract
Menyedari akan kepentingan novel dalam Sijil Pelajaran Malaysia boleh mempengaruhi markah atau gred  pencapaian murid yang lemah pengkaji telah membina sebuah Modul Teknik  Berlagu  untuk  mengingat   genre-genre  yang  ada  dalam  novel  dengan mcmfokuskan  kepada genre nilai dan pengajaran. Modul  ini dibina khusus bagi  pelajar yang lemah dan sukar untuk  mengingat  fakta. Kajian ini telah  dijalankan di sebuah sekolah sekitar Daerah Kinta Utara bagi menguji kesesuaian dan keberkesanan  modul kepada  guru  dan  pelajar.  Seramai  30  orang  pelajar  dijadikan  responden  dalam  penyelidikkan  ini  terdiri daripada  pelajar  Melayu, Cina dan  India.  Kajian  ini telah  menggunakan praujian dan pascaujian untuk melihat keberkesanan Modul. Daripada ujian yang  dijalankan. tcrdapat perbezaan min praujian (3.53%) dan pascaujian ( 12.03%).  Ini membuktikan   bahawa modul ini mempunyai kesesuaian dan berkesanan kepada murid (7.50%). Selain .....
Thesis Published 2010 282 hits Available
9
Abstract
Kajian bertujuan menguji kesan modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran berdasarkan Terapi Kognitif Tingkahlaku terhadap Pengubahsuaian Corak Pemikiran dan Kesejahteraan diri dalam kalangan murid sekolah menengah. Modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran berdasarkan Terapi Kognitif Tingkahlaku dibangunkan oleh Mohammad Aziz Shah dan rakan-rakan yang bertujuan untuk mengubah corak pemikiran berdasarkan konsep, prinsip dan teknik-teknik dalam Terapi Kognitif Tingkahlaku. Kesan eksperimen modul diuji menggunakan Inventori Pengubahsuaian Corak Pemikiran dan Inventori Pemikiran Positif dan Sihat. Responden kajian ialah 60 orang murid sekolah menengah di daerah Kuantan. Responden ini telah mengikuti kajian bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan mengikuti dua bulan rawatan modul yang dijalankan secara dwi-mingguan, manakala kumpulan kawalan tidak mengikuti sebarang rawatan. Keputusan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan Ujian-t bagi setiap hipotesis kajian. Taha.....
Thesis Published 2020 351 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina model matematik menggunakan pendekatan kalut terhadap aras sungai. Permodelan matematik aras air sungai adalah penting bagi memberi isyarat awal jika berlaku kekurangan air di Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi di Malaysia. Selain itu, peramalan air sungai juga penting dalam meningkatkan pengurusan sumber air di Selangor. Kajian ini dijalankan bagi mengesan kehadiran telatah kalut dan meramal data aras air sungai di Selangor dengan menggunakan pendekatan kalut. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu (i) mengesan kehadiran telatah kalut bagi aras air sungai (ii) meramal aras air sungai menggunakan pendekatan kalut dan (iii) menambahbaik kaedah peramalan penghampiran purata setempat (KPPS) bagi peramalan data siri masa aras air sungai. Kawasan kajian merupakan sungai yang mengalir ke empangan di Selangor dan diperincikan kepada dua iaitu Sungai Klang dan Sungai Langat. Data yang digunakan di dalam kajian ini melibatkan dua skala masa i.....
Thesis Published 2024 281 hits Limited
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.