UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Nur Hidayah Baharudin |
1 | 2021 Article | Penerapan konsep REP kewarganegaraan digital dalam kalangan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai warganegara digital Nur Hidayah Baharudin Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap afektif warganegara digital dalam kalangan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris berdasarkan konsep Hormat (Respect), Didik (Educate) dan Lindung (Protect) atau lebih dikenali sebagai konsep REP. Kajian ini melibatkan seramai 500 orang mahasiswa dari sembilan buah fakulti yang berbeza. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Pemboleh ubah afektif warganegara digital yang dikaji terdiri daripada tiga sub pemboleh ubah iaitu afektif menghormati diri dan orang lain, afektif mendidik diri dan orang lain, serta afektif melindungi diri dan orang lain. Hasil kajian mendapati tahap afektif warganegara digital mahasiwa adalah tinggi iaitu nilai min 4.46 dengan sisihan piawaian 0.43. Kesan daripada pemahaman terhadap kewarganegaraan digital dapat melahirkan warganegara digital yang baik dan berhemah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran mahasiswa mengikut konsep REP membentuk maha..... 489 hits |
2 | 2023 Thesis | Pembinaan dan pengujian instrumen kewarganegaraan digital di Universiti Pendidikan Sultan Idris Nur Hidayah Baharudin Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji item-item instrumen kewarganegaraan digital yang dibina dan diuji dalam kalangan mahasiswa universiti pengajian tinggi di daerah Tanjong Malim, Perak. Instrumen kewarganegaraan digital terdiri daripada tiga buah konstruk iaitu konstruk pengetahuan warganegara digital (hak dan tanggungjawab, penggunaan teknologi digital dan etika warganegara digital) konstruk kemahiran warganegara digital (pembelajaran dalam talian, keselamatan dalam talian dan kesejahteraan penggunaan teknologi digital) dan konstruk afektif warganegara digital (menghormati diri dan yang lain, mendidik diri dan yang lain, serta melindungi diri dan yang lain). Pembinaan instrumen kajian telah melalui penilaian kesahan pakar bagi tujuan kesahan kandungan. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melalui instrumen soal selidik telah dilaksanakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 500 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dari sembilan buah ..... 82 hits |