UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

26 record(s) found

1
Abstract
Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk menjelaskan apresiasi sebenar dalam melihat seni folk karya En. Zahir Yusof dari sudut interdisiplin. Penjelasan ini bermula dengan pengenal pastian intraestetik karya iaitu bentuk, imej dan simbol dalam karya tersebut. Ini seterusnya membawa kepada melihat pengaruh karya tersebut terhadap institusi sosial. Pengaruh yang dimaksudkan adalah persekitaran, perilaku, keperluan serta nilai dalam seni ‘folk art’ Zahir Yusof sebagai satu unsur apresiasi ekstraestetik. Satu bentuk ‘folk art’ telah dianalisa berdasarkan konsep tema tertentu iaitu ‘decoupage'. Nilai kepercayaan mewujudkan identiti Zahir Yusof yang tersendiri terhadap gaya dan olahan idea yang dihasilkan. Penjelasan apresiasi ‘folk art’ Zahir Yusof ini memberi makna dalam aspek rupa bentuk, imej dan simbol serta meninggalkan pengaruh positif terhadap institusi sosial masyarakat pada masa kini...
Article Published 2016 2550 hits Available
2
Abstract
Poverty is perceived as something unending in most poor and developing countries and it still occurs in areas including which have become tourist attraction centres. Tourism is an economic sector that is increasingly growing in importance to most poor and developing countries especially in rural areas and in the interior. Tourism activities have the ability to stimulate regional development rapidly which in turn benefits the locals. However, there is also a situation whereby its development is not equally beneficial to the government, investors and locals despite the rapidly developing tourism activities in that area. Pro Poor Tourism (PPT) is a mechanism that is able to benefit the poor at tourism centres; several strategies and approaches were identified as capable of increasing the cooperative bonding between the government, private sectors and local population as well as providing benefits to all three parties without ignoring the locals in the area. This study aims to present the .....
Article Published 2015 2571 hits Available
3
Abstract
Manusia sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian diberikan tugas dan amanah yang sangat besar, iaitu untuk mentadbir, memakmur dan membangun peradaban. Berbekalkan kejadian penciptaan manusia yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani dengan kelebihan akal dan kudrat, manusia berkemampuan merubah dan mencorak masa depan peradaban mereka sendiri. Persoalan tentang pembinaan dan perkembangan peradaban telah pun dibincangkan oleh beberapa orang tokoh sarjana dan pemikir tersohor di Timur dan di Barat dengan menjadikan manusia sebagai fokus utama perbincangan. Cetusan minda sarjana dan pemikir silam wajar direnungi dan dimanfaat oleh generasi hari ini untuk membangunkan kembali kegemilangan peradaban manusia. Pembinaan peradaban harus bercirikan keseimbangan antara kemajuan material dengan ketinggian akhlak yang berpaksikan tauhid. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membahaskan beberapa aspek pemikiran dua orang tokoh pemikir Muslim yang berkaitan.....
Article Published 2014 2436 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM-SC2 berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Kajian juga menilai kesan modul terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), motivasi, dan refleksi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen benar digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan rawak berlapis dan rawak mudah dengan melibatkan 70 orang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah harian dalam daerah Kuantan, Pahang. Responden kajian terdiri daripada 35 pelajar kumpulan rawatan dan 35 pelajar kumpulan kawalan. Empat jenis instrumen digunakan iaitu modul PBM-SC2, ujian KBAT bagi tema Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup, soal selidik motivasi intrinsik dan soal selidik refleksi terhadap persekitaran PBM. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap KBAT, motivasi dan refleksi pelajar terha.....
Thesis Published 2017 2165 hits Available
6
Abstract
Lembaga Tabung Haji (LTH) merupakan sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengelola segala perkara berhubung hal ehwal pengurusan haji umat Islam di Malaysia. Pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh LTH menjadi kebanggaan masyarakat Muslim di Malaysia. Walau bagaimanapun, kejayaan yang dikecapi oleh LTH pada hari ini tidaklah diperoleh dengan jalan yang mudah. Sejak penubuhannya pada tahun 1969, LTH tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang sentiasa menguji kewibawaannya sebagai sebuah institusi tunggal yang diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk mengendalikan pemergian jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Makkah. Kajian ini meneliti pelbagai cabaran yang dihadapi oleh LTH sejak penubuhannya pada tahun 1969 sehingga tahun 1985, setahun selepas penubuhan Muassasah dan usaha yang dilakukan oleh LTH dalam menangani cabaran berkenaan. Antara cabaran terbesar yang harus ditangani oleh LTH adalah persaingan daripada agen.....
Article Published 2018 1470 hits Available
8
Abstract
Kajian  ini  menentukan  hubungan  antara  ciri  sistem  maklumat  dan  ciri  organisasi dengan   kejayaan   sistem   maklumat   (KS),   serta   membentuk   Model   Konseptual Penjajaran    antara   Sistem   Maklumat   dengan   Organisasi   di   Institusi   Berteraskan Pendidikan  (IS-Org   Fit  Model).    Kajian  ini  menggunakan  gabungan  pendekatan kualitatif dan kuantitatif.  Pendekatan  kualitatif dengan kaedah  temu bual  digunakan untuk   mendapat   gambaran   awal    tentang   pelaksanaan   sistem   maklumat   yang melibatkan   15   orang  pegawai   perkhidmatan    pendidikan   di   Perak.     Pendekatan kuantitatif   digunakan   untuk   membentuk   dan  menilai    IS-Org   Fit   Model.     Bagi pembentukan model, borang soal selidik diedarkan kepada 375 orang  guru di 10 buah sekolah  menengah  di  daerah  Hulu  Perak,  Kuala  Kangsar,  Muallim,  dan  .....
Thesis Published 2018 1871 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan memahami kesan bebanan tugas terhadap amalan profesionalisme Guru Tabika Perpaduan (GTP) dari aspek etika, amalan reflektif dalam pengajaran dan pembelajaran serta keberkesanan amalan kolaborasi di antara guru dan pentadbir dalam membantu menguruskan bebanan tugas. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang dijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik-teknik temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan triangulasi data. Pemilihan subjek kajian menggunakan persampelan bertujuan melibatkan empat orang GTP daerah Kampar, Perak. Hasil kajian menunjukkan bahawa GTP mendefinisikan bebanan tugas sebagai tugas-tugas seperti pengurusan fail, aktiviti-aktiviti luar, pengurusan aset dan inventori, tugas perkeranian dan arahan semasa dari pentadbir. Bebanan tugas ini memberikan kesan dan menjejaskan persediaan dan pelaksanaan rancangan pengajaran, bahan bantu mengajar dan tumpuan kepada kanakkanak. Kajian ini juga mendapati bahawa GTP memahami ciri-ciri .....
Thesis Published 2019 4448 hits Available
10
Abstract
Penyelidikan ini dibuat bertujuan untuk menjelaskan apresiasi sebenar dalam melihat seni folk karya  Zahir Yusof dari sudut interdisiplin. Penyelidikan ini bermula dengan pengenalpasti  intraestetik   karya  iaitu  bentuk,  simbol  serta  imej  dalam  karya.  Ini seterusnya membawa kepada melihat  pengaruh karya tersebut terhadap institusi sosial masyarakat.  Pengaruh  yang  dimaksudkan  adalah   persekitaran,  perilaku,  keperluan serta nilai dalam seni ‘Folk Art’ Zahir Yusof sebagai satu  unsur apresiasi ekstraestetik. Empat  bentuk  ‘Folk  Art’  dianalisa  berdasarkan  konsep  tertentu   iaitu  ‘Rosmaling’, ‘Zhostovo’,   ‘Bauernmalerei’   serta   ‘Canalboat’.   Penyelidikan   ini    mempraktiskan metod   kualitatif   dengan   pendekatan   kajian   kes   disamping   menggunakan    empat kaedah  utama  iaitu  rakaman  fotografi,  pemerhatian,  temu  bual  serta  dokumentasi.  Dapatan.....
Thesis Published 2017 2647 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.