UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nur Hidayah Shazira Mohd Shukor |
1 | 2022 Thesis | Pelaksanaan pendekatan projek terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kanak-kanak prasekolah Nur Hidayah Shazira Mohd Shukor Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji pelaksanaan projek terhadap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kanak-kanak prasekolah berdasarkan empat tahap
pemikiran kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam
menentukan responden yang bersesuaian di mana seorang guru berserta 13 orang
kanak-kanak di sebuah prasekolah swasta di negeri Perak dipilih. Kajian kualitatif ini
menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kajian diperoleh menerusi pemerhatian,
dokumen, temu bual terhadap peserta kajian. Data dianalisis menggunakan kaedah
analisis naratif dan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan empat tahap
kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta
dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak melalui pelaksanaan pendekatan projek.
Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak dapat menggunakan pengetahuan sedia ada,
kemahiran yang diperolehi ..... 1491 hits |