AbstractPembentukan identiti nasional di Malaysia adalah suatu perkara yang rumit kerana kewujudan kepelbagaian budaya dalam masyarakat. Kajian kes ini bertujuan untuk meneliti pembinaan identiti masyarakat pelbagai budaya khususnya mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti identiti sosial, membentuk hierarki identiti sosial serta mengenal pasti kaedah pembentukan identiti nasional. Teori utama yang mendasari kajian ini adalah teori identiti sosial oleh Tajfel dan Turner. Teori ini menerangkan tiga proses utama pembentukan identiti sosial iaitu (a) pengkategorian sosial, (b) identifikasi sosial, dan (c) perbandingan sosial. Enam elemen masyarakat pelbagai budaya pula diambil daripada model Banks iaitu etnik, bahasa, agama, gender, status sosioekonomi serta keupayaan mental dan fizikal. Responden kajian terdiri daripada 149 orang mahasiswa (119 responden untuk soal selidik dan 30 peserta untuk temu bual) dan 5 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar yan.....