UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Identiti nasional merupakan komponen penting dalam memupuk perpaduan antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti kaedah pembentukan identiti nasional di peringkat universiti awam di Malaysia. Sebuah universiti awam telah dipilih daripada 20 buah universiti awam di Malaysia sebagai tempat kajian iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian dijalankan melalui kaedah kualitatif dengan temu bual ke atas lima orang pegawai Hal Ehwal Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan yang diperoleh menunjukkan kaedah pembentukan identiti nasional di universiti awam mencakupi aktiviti akademik, kokurikulum serta sahsiah. Implementasi kaedah pembentukan identiti nasional ini pula mencakupi pelbagai bahagian dalam universiti, melalui program serta kerjasama antara bahagian juga dengan institusi luar. Penambahbaikan ke atas kaedah sedia ada boleh dilakukan dengan mengambil kira keperluan mahasiswa universiti yang terdiri daripada pelbagai budaya......
Article Published 2020 1429 hits Available
2
Abstract
Landskap dan budaya masyarakat Melayu merupakan perlambangan reka bentuk dan susun atur yang kompleks. melibatkan interaksi antara manusia, alam dan Tuhan serta cara manusia mengolah alam selari dengan keperluan dan kepentingan kehidupan. Oleh yang demikian, gabungan kompleks ini dapat dilihat serta dihayati melalui reka bentuk dan susun atur ruang landskap yang terdapat pada sebahagian kawasan rumah masyarakat Melayu tradisional di Malaysia. Namun begitu, seiring dengan perubahan dan permodenan di Malaysia, banyak landskap budaya Melayu di kampung khususnya mengalami proses transformasi ke arah kebaratan, tanpa mengambil kira asal usul kepentingan fungsi landskap budaya Melayu itu sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membuktikan kepentingan landskap budaya Melayu yang menjadi tunjang utama kepada identiti masyarakat Melayu yang semakin hilang ditelan zaman, kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini adalah penyelidikan kualitatif melibatkan kajian kes di Kampung.....
Article Published 2022 591 hits Available
3
Abstract
Pembentukan identiti nasional di Malaysia adalah suatu perkara yang rumit kerana kewujudan kepelbagaian budaya dalam masyarakat. Kajian kes ini bertujuan untuk meneliti pembinaan identiti masyarakat pelbagai budaya khususnya mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti identiti sosial, membentuk hierarki identiti sosial serta mengenal pasti kaedah pembentukan identiti nasional. Teori utama yang mendasari kajian ini adalah teori identiti sosial oleh Tajfel dan Turner. Teori ini menerangkan tiga proses utama pembentukan identiti sosial iaitu (a) pengkategorian sosial, (b) identifikasi sosial, dan (c) perbandingan sosial. Enam elemen masyarakat pelbagai budaya pula diambil daripada model Banks iaitu etnik, bahasa, agama, gender, status sosioekonomi serta keupayaan mental dan fizikal. Responden kajian terdiri daripada 149 orang mahasiswa (119 responden untuk soal selidik dan 30 peserta untuk temu bual) dan 5 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar yan.....
Thesis Published 2020 105 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.