AbstractMatematik adalah satu cabang ilmu yang melatih seseorang itu untuk berfikir secara
sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berkaitan
konsep-konsep dalam matematik. Sehingga 2022, laporan analisis keputusan
Matematik Tambahan mengalami penurunan sebanyak 0.15 mata dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini dilihat bahawa kebanyakan murid lemah dalam
tajuk Pembezaan walaupun keputusan yang diperoleh dalam SPM adalah baik.
Penguasaan dari penyelesaian masalah juga menjadi punca murid lemah dalam
topik Pembezaan ini. Kerangka pengukuhan teras terhadap penyelesaian masalah
topik Pembezaan berbentuk Modul DifferenTip5 yang telah dibangunkan dilihat dapat
membantu mengatasi masalah ini. Bagi memastikan Modul DifferenTip5 ini dapat
digunakan secara optimum dan memenuhi standard yang ditetapkan, modul kendiri
ini perlu dibangunkan. Ia boleh dijadikan panduan kepada guru dan murid dalam
mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam.....