|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nur Shaslinda Abdul Kadir |
| 1 | 2018 Article | Cabaran pelaksanaan program gerakan desa wawasan dalam memajukan kawasan luar bandar di Sabah Nur Shaslinda Abdul Kadir Transformasi strategi pembangunan luar bandar telah beralih dari fasa menekankan pembangunan fizikal kepada berorientasikan modal insan melalui program Gerakan Desa Wawasan (GDW). Kajian ini dijalankan bagi menilai pelaksanaan program GDW yang telah dilaksanakan di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, data primer dikumpul melalui temu bual mendalam. Antara yang ditemu bual ialah Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk mendapat maklumat tentang pelaksanaan program GDW berdasarkan perspektif pelaksana yang bertindak sebagai jentera penyelarasan GDW. Selain itu, data sekunder turut dirujuk untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan GDW di Sabah. Kajian mendapati bahawa wujud perbezaan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dalam memajukan kawasan luar bandar. Antara cabaran pelaksanaan program GDW di Sabah yang dikenalpasti ialah kelemahan dalam pemilihan JKKK, pertindihan kuasa di peringkat kampung, pertindihan kuasa di peringkat persekutuan dan negeri, ..... 2207 hits |