UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

31 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok berteraskan kepada Modul Terapi Tingkah Laku Kognitif terhadap kompetensi sosial pelajar secara keseluruhan serta subkonstruk kompetensi sosial pelajar (bekerjasama, persahabatan, berkomunikasi, berempati, keterbukaan dan keyakinan diri). Kompetensi sosial pelajar diukur secara tinjauan terhadap 83 subjek dengan menggunakan soal selidik Kompetensi Sosial dan seterusnya digunakan sebagai data pra ujian dalam kajian eksperimen. Kesahan dan kebolehpercayaan modul kaunseling kelompok diukur berdasarkan penilaian pakar dan calon berpotensi sebagai pengguna. Kesan intervensi kaunseling kelompok ke atas kompetensi sosial dinilai daripada hasil kajian eksperimen yang dijalankan terhadap 60 subjek yang terdiri daripada 30 kelompok rawatan dan 30 kelompok kawalan dalam kalangan pelajar universiti jurusan Bimbingan dan Kaunseling. Subjek kelompok rawatan diberi 12 sesi kaunseling kelompok dalam masa enam minggu. Data kajian dianalisis .....
Thesis Published 2016 4702 hits Available
2
Abstract
'Silat jatuh' atau 'seni silat jatuh' ialah sejenis pertandingan seni pencak silat yang tidak menggunakan tumbukan, tendangan, sepakan, gigitan, ludahan, terjaman, tamparan, ketikan, tetakan, tikarnan, sondolan, patahan, lututan dan sikuan yang diasaskan daripada seni-seni silat Melayu Kelantan seperti seni silat tari, seni silat pulut dan seni silat spelek serta disesuaikan pula untuk dipertandingkan di atas gelanggang yang berbentuk empat segi tepat yang berukuran antara 20' x 20' hingga . 22' x 22' seperti pentas pertandingan tinju...
Conference Item Published 2001 1487 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai pemahaman konsep Jirim dan Haba dalam kalangan murid sekolah rendah. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini melibatkan 289 murid sebagai responden daripada enam buah sekolah rendah di sekitar Selangor dan Perak. Instrumen yang digunakan ialah dua set soalan ujian bagi tajuk Jirim dan Haba yang setiap satunya mengandungi enam item soalan terbuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap prakonsepsi murid-murid Tahun Tiga berada di tahap tinggi bagi konsep Jirim dan Haba. Walaubagaimanapun, bagi murid- murid Tahun Lima, tahap miskonsepsi adalah sederhana. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan murid mengalami kesukaran dalam menerangkan sifat jirim, menjelaskan perubahan fasa yang berlaku terhadap jirim serta mendefinisikan konsep haba. Kesimpulannya, miskonsepsi dalam kalangan murid Tahun Lima terhadap tajuk Jirim dan Haba masih kekal walaupun mereka telah mempelajari tajuk ini selama dua tahun. Implikasi kajian adalah guru seharusnya cuba sedaya .....
Thesis Published 2015 3013 hits Available
4
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan dua isu terkini dan utama yang dihadapi oleh institusi keluarga di lapan daerah di negeri Johor, Malaysia (Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Muar, Batu Pahat dan Segamat). Sejumlah 517 sampel keluarga Melayu yang mempunyai masalah keluarga dipilih secara rawak mengikut masalah keluarga iaitu Keluarga tunggal dan Penceraian. Faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya kedua-dua masalah tersebut dibincangkan seperti faktor ekonomi, pengangguran/pekerjaan, komunikasi, perubahan nilai, tanggungjawab dan urbanisasi. Kaedah kajian ialah dengan menggunakan kaedah soa! selidik. Pemilihan sampel keluarga bermasalah dibuat berasaskan bilangan keluarga bermasalah di lapan daerah di Johor seperti yang terdapat di berbagai jabatan kerajaan dan badan sukarela. Responden kajian terdiri daripada ketua keluarga (ibu/bapa). Profil keluarga bermasalah dibentang dalam bentuk peratusan dan dibuat berasaskan kepada kekerapan. Manakala skor min dan peratusan .....
Conference Item Published 2003 1804 hits Available
5
Abstract
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu transformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan PBS dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah. Seramai 103 orang guru matematik dari 13 buah sekolah menengah di daerah Raub, Pahang, telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan skor min keseluruhan amalan PBS adalah tinggi. Namun, perbezaan amalan PBS dengan pengalaman mengajar adalah tidak signifikan. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak yang terbabit dalam memartabatkan lagi amalan PBS dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran matematik...
Article Published 2014 1670 hits Available
6
Abstract
The study on thiourea derivatives and its coordination complexes have been well documented with majority of the synthesized compounds have high potential to be used as antibacterial agents. In line with this interest, two thiourea ligands derived from amino acids, namely 2-(3-dodecanoyl-thioureido)-3-methylbutyric acid (L1) and 2-(3- dodecanoylthioureido)-3-phenylpropionic acid (L2) have been reacted with ZnCl2 and CuCl2, to produce three new complexes with general formula of [Zn(L1)Cl2] (1), [Zn(L2)Cl2] (2) and [Cu(L2)Cl2] (3) as suggested by elemental analysis. The complexes were characterized by spectroscopic techniques such as Fourier Transform Infrared (FTIR) and Ultraviolet-Visible (UV-Vis). The antibacterial activities of the complexes were evaluated against three common Gram-positive strains (S. aureus, S. epidermidis and B. subtilis) and two Gram-negative strains (E. coli and S. typhimurium). This study revealed that complex 3 had a good antibacterial activity towards Gram-pos.....
Article Published 2016 1704 hits Available
7
Abstract
This paper describes the results from ultraviolet (UV) spectroscopic studies of diamide ligands namely N,N’-2,6- bis(3-pyridylmethyl)pyridine dicarboxamide (L5) and N,N’-2,6-bis(4-pyridylmethyl)pyridine dicarboxamide (L6) towards chloride, nitrate and chromate anions in solution. The responses of the ligands towards anions are monitored by the changes of the absorbance in the UV spectra. The time interval experiments were conducted from 0 to 3 hours, resulted to the rise of the absorbance of the ligands. The change in the absorbance value is attributed to the increase of interaction between the ligands and anions that is proportional with time. In contrast to the ligands, the absorbance of anion is decreased showing the reduction of anion concentration in the solution. Rapid UV response indicates the sensitivity of these ligands towards anions which at the same time showing promising potential as sensitive anion sensor...
Article Published 2016 2555 hits Available
8
Abstract
Movement towards modern eco climate has seen an increasing interest in measuring the social impact of projects, programs, organizations, activities, businesses and policies. Everybody seems eager to know the ‘real value’ of the activities they carried out. Governments have a strong imperative responsibility to measure the social impact of policies, programs and funded activities. Managers would like to know the performance they have been achieved so far, with a chance to improve for continuous efficiency and effectiveness. Investors want to demonstrate the social value their money is creating. Corporations are showing interest in social investment. Corporate social responsibility would love to share the social benefits as a result from the social work they have done. Social return on investment (SROI) has emerged as an approach to meet these demands, as it has been promoted as a more holistic approach to demonstrate the value for money. Hence, this article attempts to investigate t.....
Article Published 2016 1227 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan pencapaian. Kajian juga menentukan perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian Fizik mengikut jantina. Tiga dimensi sikap yang dikaji ialah minat dalam metakognisi, pembelajaran Fizik dan aplikasi Fizik. Rekabentuk penyelidikan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dipilih bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis. Responden adalah seluruh pelajar aliran sains Kolej Matrikulasi Selangor seramai lima ratus sepuluh orang yang mengambil Fizik. Daripada jumlah tersebut sebanyak tiga ratus soal selidik berjaya dikutip semula. Soal selidik Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) yang mengandungi enam belas item telah digunakan sebagai alat ukur sikap terhadap pembelajaran Fizik. Statistik deskriptif digunakan bagi melihat min, kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan ujian korelasi separa Pearson-r, ujian regresi, dan ujian-t sampel bebas digunakan bagi me.....
Thesis Published 2016 2480 hits Available
First Prev
Page 1 of 4

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.