UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurfirdawati Muhamad Hanafi |
1 | 2016 thesis | Pembangunan dan penentusahan rubrik pentaksiran prestasi bagi mentaksir projek reka bentuk seni bina di politeknik Malaysia Nurfirdawati Muhamad Hanafi Tujuan kajian adalah untuk menghasilkan dan menentusahkan standard rubrik untuk mentaksir projek reka bentuk seni bina. Reka bentuk kajian berbentuk pembangunan dan pengujian dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Empat rubrik telah dibina menggunakan pendekatan Model ADDIE dan Kerangka Pembangunan Rubrik, iaitu Rubrik Penilaian Konseptual Idea, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Pelan Tapak dan Lantai, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Bumbung, Fasad dan Keratan Bangunan, dan Rubrik Penilaian Pembentangan Akhir. Rubrik telah melalui dua peringkat pengujian iaitu pengujian alfa (rintis) dan pengujian beta (sebenar). Rubrik disemak dan disahkan oleh 11 orang pakar sebelum digunakan. Data ujian rintis (pengujian alfa) dianalisis menggunakan pendekatan Model Rasch dan hasil analisis menunjukkan rubrik yang dibina mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi. Pengujian beta dilaksanakan di tiga buah politeknik, melibatkan 136 pelajar semester 5 dan 48 pemeriksa (19 pensyarah dan 2..... 4079 hits |