AbstractKertas kerja ini membincangkan sebuah novel remaja berjudul Jendela Menghadap Jalan (Edisi Murid 2014) sebagai bahan kajian bagi menilai kesesuaian sesebuah teks yang dipilih untuk dijadikan teks KOMSAS (Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia). Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin adalah terbitan Kumpulan Utusan Sdn. Bhd. yang pernah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2008. Novel ini kemudiannya telah terpilih menjadi teks KOMSAS bagi tingkatan 4 Zon 1 (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Kajian dijalankan berdasarkan premis bahawa terdapat teks KOMSAS yang mencetuskan kontroversi kerana kandungannya didapati tidak sesuai sebagai bahan bacaan pelajar sekolah. Sebilangan teks KOMSAS yang dipilih dianggap tidak memaparkan unsur moral yang baik. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian novel Jendela Menghadap Jalan diangkat sebagai teks KOMSAS. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang respon.....