AbstractProses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan lima elemen Standard Asas Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) iaitu Komunikasi, Kolaborasi, Kemahiran Kritis, Kreativiti serta Nilai Murni dan Etika (4K1N) sangat penting diterapkan secara bersepadu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di sekolah. Kaedah pembelajaran koperatif (PK) informal menggunakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dapat meningkatkan kefahaman, kreativiti dan inovasi murid dengan menggunakan pendekatan berstruktur. Pembelajaran Koperatif dapat membina kemahiran personal dan interpersonal, kerja berpasukan, menerapkan nilai murni dan etika serta mewujudkan komunikasi yang efektif. Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan guru terhadap aktiviti pembelajaran koperatif, dengan memberi fokus terhadap pemahaman guru, pemilihan aktiviti pembelajaran koperatif dan kaedah pelaksanaan selain aktiviti pembelajaran koperatif semasa proses PdPC. Kajian kes dipilih untuk mengumpul data secara empirikal. Data dikumpul den.....