UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

Simplified search suggestions : Nurulakmal Abdul Wahid
1
Abstract
Tesis ini mengkaji seni persembahan tradisi Begendang Sarawak. Persembahan gendang Sarawak merupakan persembahan tradisi rakyat khususnya bagi masyarakat Melayu di Sarawak. Kajian ini meneliti proses perubahan yang berlaku antara persembahan begendang tradisi dengan yang baharu. Proses perubahan yang berlaku melalui kajian ini menunjukkan persembahan ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam konstruk struktumya. Persembahan tradisi telah diamalkan sejak sebelum zaman British di kampung-kampung di Sarawak sebagai hiburan untuk memeriahkan keraian majlis-majlis terutamanya majlis perkahwinan. Hakikatnya persembahan tradisi ini perlu digerakkan oleh generasi muda sebagai menggantikan aktivis budaya yang telah tua dan tidak upaya untuk bergerak aktif lagi. Tesis ini mengkaji proses perubahan yang berlaku dalam konstruk struktur persembahan secara perbandingan antara kumpulan Indera Samudera Kenyalang di Kampung Tabuan Hilir, Kuching dengan Kampung Budaya Sarawak, (sebuah muzium budaya.....
Thesis Published 2015 3931 hits Available
2
Abstract
Gendang Melayu Sarawak merupakan salah satu seni persembahan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu di Sarawak telah menjadikan aktiviti ini sebagai hiburan terutama dalam majlis keramaian. Persembahan tradisi gendang Melayu Sarawak ini telah mengalami perubahan dan perkembangan sejak kedatangan Islam di Kepulauan Borneo. Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan perkembangan terhadap seni persembahan tradisi bergendang ini. Struktur persembahan tradisi ini telah berubah secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Persembahan tradisi ini telah diturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain bagi menghidupkan semula persembahan tradisi ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini dilakukan secara diakronik dan sinkronik, dan analisis deskriptif digunakan bagi mengkaji, membahas dan menghuraikan dengan lebih jelas tentang perubahan yang berlaku terhadap persembahan tradisi bagi masyarakat Melayu Sarawak. Hasil penyelidi.....
Article Published 2014 1105 hits Available
3
Abstract
Fenomena persembahan site-specific di Malaysia semakin berkembang melalui anjuran program dan festival-festival seni. Pelbagai pemahaman istilah persembahan site-specific difahami yang dapat dilihat menerusi karya-karya yang dipersembahkan. Namun, dalam konteks yang lebih global, site-specific lebih tertumpu kepada lokasi khusus bagi sesebuah persembahan. Perbezaan pemahaman ini telah menyumbang kepada konsep koreografi dalam persembahan site-specific. Kelonggaran dalam pemahaman menstrukturkan persembahan sitespecific telah memberikan kesan terhadap kualiti karya dan koreografi. Kajian ini mendukung objektif terhadap pemahaman istilah site-specific serta mengklasifikasikan perhubungan ruang dan memori dalam konteks koreografi sitespecific. Tujuannya adalah untuk menganalisis penggunaan ruang dan memori dalam proses koreografi site-specific. Kajian ini turut memfokuskan perhubungan ruang dan memori sebagai elemen utama bagi membentuk koreografi melalui proses eksplorasi te.....
Thesis Published 2021 1021 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.