UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

44 record(s) found

1
Abstract
This research is a great research effort on the biography and written work by J.M Aziz bin Abdul Rahman, whose real name is Abdul Aziz bin Abdul Rahman. He was active and prominent in writing and producing poems around 1950s and 1990s. This research is implemented by writing and highlighting the background of J.M Aziz and the frequency of his poems being published in the media in chronological order. The research analysis is focused mainly on the human values instilled in his poems obtained from a book titled “Derita Seorang Seniman” which was compiled by Wahba. Among the great human values obtained from his poems are based on the theme of patience, hard work, gratefulness, piousness, goodness, lovingness and responsibility. All those human values are integrated and combined with the concept of integrated thinking system which has four thinking module known as genuine thinking, physical thinking, logical thinking and lateral thinking. The reason why the elaborations on human values.....
Thesis Published 2007 8774 hits Available
2
Abstract
Tesis ini mengkaji seni persembahan tradisi Begendang Sarawak. Persembahan gendang Sarawak merupakan persembahan tradisi rakyat khususnya bagi masyarakat Melayu di Sarawak. Kajian ini meneliti proses perubahan yang berlaku antara persembahan begendang tradisi dengan yang baharu. Proses perubahan yang berlaku melalui kajian ini menunjukkan persembahan ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam konstruk struktumya. Persembahan tradisi telah diamalkan sejak sebelum zaman British di kampung-kampung di Sarawak sebagai hiburan untuk memeriahkan keraian majlis-majlis terutamanya majlis perkahwinan. Hakikatnya persembahan tradisi ini perlu digerakkan oleh generasi muda sebagai menggantikan aktivis budaya yang telah tua dan tidak upaya untuk bergerak aktif lagi. Tesis ini mengkaji proses perubahan yang berlaku dalam konstruk struktur persembahan secara perbandingan antara kumpulan Indera Samudera Kenyalang di Kampung Tabuan Hilir, Kuching dengan Kampung Budaya Sarawak, (sebuah muzium budaya.....
Thesis Published 2015 3930 hits Available
3
Abstract
Makalah ini membicarakan tentang jenis-jenis strategi komunikasi pelajar Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) dalam pemelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini berasaskan taksonomi strategi komunikasi Tarone (1983) dan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan 130 pelajar darjah lima di SRJK(C) di Kuala Langat. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan berasaskan aras kecekapan bahasa mereka. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan transkripsi korpus lisan. Dapatan kajian menunjukkan 8 strategi komunikasi lisan telah digunakan oleh pelajar Cina dan strategi yang paling kerap digunakan ialah pengguguran mesej (57%), rayuan kerjasama (13%), penghuraian (9%), penukaran kod (8%), pengelakan tajuk (6%), generalisasi terlampau (4%), penghampiran (2%) dan pembentukan kata baharu (1%). Strategi komunikasi lisan bukan sahaja merupakan aspek yang penting dalam komunikasi tetapi juga memberikan sumbang.....
Article Published 2016 3107 hits Available
4
Abstract
Surfaktan adalah salah satu bahan pencemar di dalam udara yang mampu mempengaruhi perubahan iklim global di samping memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk menentukan komposisi, ciri-ciri serta pembahagian sumber bagi surfaktan dalam aerosol atmosfera, khususnya di kawasan bandar (pusat bandaraya Kuala Lumpur) dan separa bandar (Bangi, Selangor). Sampel aerosol atmosfera telah dikumpulkan dari Ogos 2010 hingga April 2011 mengikut monsun yang berbeza di Malaysia. Pensampelan aerosol dijalankan dengan menggunakan alat pensampelan udara berisipadu tinggi (HVS), dengan kadar alir 1.13 m3 min" untuk mendapatkan sampel zarahan halus « 1.5 11m) dan zarahan kasar (> 1.5 urn). Selain itu, sampel zarahan dari ekzos diesel dan petrol serta sampel debu jalan turut dikumpul. Analisis kolorimetrik telah dijalankan untuk menentukan kepekatan surfaktan anionik sebagai sebatian aktif metilena biru (MBAS) dan surfaktan kationik sebagai sebatian aktif di.....
Thesis Published 2015 1825 hits Available
5
Abstract
Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneliti sastera ialah sumbangan A. Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang dialihkan tulisannya daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi pada tahun 1973. Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada mulanya novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jawi. Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterbitkannya sendiri menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985. Novel ini sememangnya telah.....
Conference Item Published 2001 2623 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar di 1PT. Seramai 1531 pelajar dari 30 buah 1PT yang menyertai program S1FE dilibatkan sebagai populasi dalam kajian keusahawanan sosial ini. Sebagai perbandingan dengan pelajar aktif S1FE, populasi pelajar 1PT yang sedang mengikuti ljazah Sarjana Muda Pertama yang tidak menyertai program S1FE pada tahun 2011 juga dilibatkan bagi mengenal pasti tahap daya tahan dan daya saing mereka. Kajian difokuskan kepada penentuan tahap keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar 1PT. Kajian turut menentukan sarna ada wujud perbezaan tahap keusahawanan so sial, daya tahan dan daya saing berdasarkan demografi. Selain itu, kajian ini mengenal pasti hubungan antara ciri-ciri peribadi khusus usahawan sosial dengan pengorganisasian keusahawanan so sial serta surnbangan kedua-duanya ke atas daya tahan dan daya saing pelajar. Soal selidik digunakan untuk memungut data kajian. Statistik deskriptif seperti sk.....
Thesis Published 2014 1804 hits Available
7
Abstract
This study aims to identify factors that affect the readiness of the university students to get involved in entrepreneurship. This study was conducted at one of the public universities in Malaysia. 150 of final year students were involved in this survey study. The level of students’ readiness, their motivation level and attitude towards entrepreneurship were measured. The results of the analysis revealed that students had a moderate level of readiness to start a business. Their motivation level and attitude to become an entrepreneur also at the moderate level. The finding also showed a significant positive correlation between motivation level, attitude, and readiness to participate in entrepreneurship...
Article Published 2016 2601 hits Available
8
Abstract
Membaca teks dari World Wide Web telah menjadi suatu kebiasaan kini. Ini dapat dilihat dari sudut perubahan kecenderungan pembaca yang lebih berminat terhadap bahan dari internet berbanding media bercetak. Mengambil kira perkembangan ini, adalah penting bagi pereka bentuk instruksi berasaskan web memilih fon yang sesuai bagi meningkatkan tahap kebolehbacaan pelajar, terutamanya bagi blok teks yang panjang. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan fon serif dan san serif kategori percetakan dan kategori paparan komputer dari sudut kebolehbacaan teks Bahasa Melayu di laman web. Bagi tujuan tersebut, empat fon telah dipilih iaitu Georgia (serif) dan Verdana (san serif) bagi kumpulan responden pertama dan Times New Roman ( serif) dan Arial (san serif) bagi kumpulan responden kedua. Georgia dan Verdana adalah fon yang direka khusus untuk pembacaan teks pada paparan komputer manakala Times New Roman dan Arial adalah fon yang direka khusus untuk media berceta.....
Article Published 2011 2001 hits Available
9
Abstract
Gendang Melayu Sarawak merupakan salah satu seni persembahan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu di Sarawak telah menjadikan aktiviti ini sebagai hiburan terutama dalam majlis keramaian. Persembahan tradisi gendang Melayu Sarawak ini telah mengalami perubahan dan perkembangan sejak kedatangan Islam di Kepulauan Borneo. Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan perkembangan terhadap seni persembahan tradisi bergendang ini. Struktur persembahan tradisi ini telah berubah secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Persembahan tradisi ini telah diturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain bagi menghidupkan semula persembahan tradisi ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini dilakukan secara diakronik dan sinkronik, dan analisis deskriptif digunakan bagi mengkaji, membahas dan menghuraikan dengan lebih jelas tentang perubahan yang berlaku terhadap persembahan tradisi bagi masyarakat Melayu Sarawak. Hasil penyelidi.....
Article Published 2014 1104 hits Available
First Prev
Page 1 of 5

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.