UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Parameswary Periasamy |
1 | 2017 thesis | Kesahan dan kebolehpercayaan modul kuasa minda separa sedar berdasarkan aplikasi terapi kognitif tingkah laku dalam pembangunan remaja Parameswary Periasamy Kajian bertujuan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Modul Kuasa Minda Separa Sedar berdasarkan Aplikasi Terapi Kognitif Tingkah Laku (MKMSSTKT) dalam Pembangunan Remaja. Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif, iaitu mencari nilai kesahan kandungan dan nilai kebolehpercayaan MKMSS-TKT dalam pembangunan remaja. Seramai lapan panel pakar dalam bidang psikologi, Kaunseling dan Pendidikan telah dipilih untuk menjawab dua soal selidik kesahan kandungan modul oleh Russell dan soal selidik kesesuaian sesi dan aktiviti modul oleh Mohammad Aziz Shah. Seterusnya bagi mencari nilai kebolehpercayaan, seramai 30 responden daripada sebuah sekolah menengah di Daerah Sentul, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai subjek kajian. Dapatan mendapati peratus keseluruhan kesahan kandungan modul berdasarkan Russell adalah tinggi, iaitu 81 peratus, manakala kesahan kesesuaian sesi dan aktiviti berdasarkan Mohammad Aziz Shah ialah 88 peratus. Nilai pekali kebolehpercayaan MKMSS-TKT adalah tinggi iaitu..... 1590 hits |