UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini adalah mengenai imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita yang terdapat dalam cerpen-cerpen karya N. Mageswari. Kajian ini juga menganalisis perjuangan kaum wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Kajian ini turut dijalankan untuk menilai kepengarangan penulis N. Mageswari. Di samping itu, kajian ini memberi kesempatan untuk lebih mengenali imej wanita dan mengiktiraf kedudukan mereka dalam struktur sosial masyarakat India. Pendekatan ini akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang hak mereka dalam masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Kaedah-kaedah ini membantu mengumpul dan menganalisis data dalam kajian ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemikiran feminisme. Melalui kajian ini, pengkaji menerangkan imej wanita, perjuangan kaum wanita dan kepengarangan pengarang. Justeru, pengkaji lebih menekankan kebebasan kaum wanita dan kesen.....
Thesis Published 2015 1742 hits Available
2
Abstract
Kajian bertujuan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Modul Kuasa Minda Separa Sedar berdasarkan Aplikasi Terapi Kognitif Tingkah Laku (MKMSSTKT) dalam Pembangunan Remaja. Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif, iaitu mencari nilai kesahan kandungan dan nilai kebolehpercayaan MKMSS-TKT dalam pembangunan remaja. Seramai lapan panel pakar dalam bidang psikologi, Kaunseling dan Pendidikan telah dipilih untuk menjawab dua soal selidik kesahan kandungan modul oleh Russell dan soal selidik kesesuaian sesi dan aktiviti modul oleh Mohammad Aziz Shah. Seterusnya bagi mencari nilai kebolehpercayaan, seramai 30 responden daripada sebuah sekolah menengah di Daerah Sentul, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai subjek kajian. Dapatan mendapati peratus keseluruhan kesahan kandungan modul berdasarkan Russell adalah tinggi, iaitu 81 peratus, manakala kesahan kesesuaian sesi dan aktiviti berdasarkan Mohammad Aziz Shah ialah 88 peratus. Nilai pekali kebolehpercayaan MKMSS-TKT adalah tinggi iaitu.....
Thesis Published 2017 2832 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan mengukur keupayaan daya tampung fizikal dan sosio-psikologi bagi Plaza Angsana, Stulang Laut dan Danga Bay di Johor Bahru. Data primer diperoleh melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual ringkas bersama responden. Seramai 367 orang pelancong dan pelawat domestik yang membuat kunjungan ke pusat pelancongan dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Keupayaan daya tampung fizikal bagi ketiga-tiga pusat pelancongan ini dikira berdasarkan formula yang dicadangkan oleh Ceballos. Keupayaan daya tampung dari segi sosio-psikologi pula diukur berdasarkan nilai min yang diperoleh daripada tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang disediakan. Ujian Kruskal-Wallis H digunakan untuk membandingkan persepsi antara tiga kumpulan responden berkenaan fasiliti yang disediakan. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga pusat pelancongan ini tidak mempunyai masalah dari segi keupayaan daya tampung fizikal berdasarkan formula yang diimplementasi. Sementara itu dapatan bagi .....
Thesis Published 2017 3135 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran Thirukkural dan menganalisis keperluan guru dan murid dalam penyediaan modul pembelajaran Thirukkural, membentuk dan membangunkan modul pembelajaran Thirukkural berdasarkan teknologi Augmented Reality serta menilai kebolehlaksanaan modul tersebut dalam kalangan murid Tahun Lima di SJK(T). Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan model ADDIE yang merangkumi tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk modul dan fasa penilaian. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini dijalankan dalam kalangan 10 orang guru bahasa Tamil dan 60 orang murid Tahun Lima di SJK(T). Data temu bual dianalisis secara kualitatif, manakala data soal selidik serta ujian pra dan pasca dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan IBM SPSS Statistics 26. Dapatan analisis keperluan menunjukkan bahawa semua guru dan murid menegaskan bahawa modul pembelajaran Thiru.....
Thesis Published 2022 2569 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.